RSS

Tuesday, June 23, 2009

bina insan guru dplium 09.....

secebis kenangan sewaktu menghadiri kursus bina insan guru di ILIM, Bangi...
kursus dijalankan selama 3hari pada 12-14 Jun 2009...
menyuntik satu semangat, azam dan janji dalam meneruskan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini...
kursus yang bertemakan "menongkah jatidiri pendidik cemerlang" mudah2an memberi impak yang besar dalam menjadi seorang murabbi yang ikhlas dalam mendidik anak bangsa...
tahniah buat semua AJK penggerak program bina insan guru dplium...
tak lupa juga buat sahabat2 yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini..
moga Allah swt yang akan membalasnya....


kursus bina insan guru
ILIM Bangi....

barisan AJK penggerak kursus bina insan guru dplium 09...

majlis perasmian dirasmikan oleh Dr. Zaharah Hussain....
Ketua Jabatan Asas Pendidikan & Kemanusiaan..
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya...

bersama teman seperjuangan =)

with adik norlia (cekgu) ....


ucapan aluan Presiden Persatuan Pendidikan Islam DPLIUM 09'..
saudara Mior Mohd Mizan..

take 5..

ustazah sitaton....
mengendalikan kursus pengurusan jenazah...
sangat berpengalaman...

~ farida ~ huda ~ eyda ~





Friday, June 5, 2009

satu cerita....

bismillahirrahmanirrahim.... :)

satu perjalanan yang tidak pernah disangkakan dalam hidup... semuanya ditakdirkan oleh Allah.. tak pernah bercita-cita dan tak pernah terlintas dihati.... semuanya idea dan pilihan mak dan abah... tak berminat hanya menurut sahaja... terpaksa merelakan hati, positifkan diri.. dan hanya memikirkan itulah yang terbaik kerana pilihan parent.......

8 mac 1999 ~ gundah gulana... susah hati .... takut... mampu @ tidak... sedih... risau... dan macam-macam lg perasaan tak sedap hati tapi cuba berusaha untuk menyedapkan hati sendiri... hati mula merasa tenang bila berada di situ..... sukar digambarkan hanya boleh dirasai... seperti berada di suatu tempat yang sangat damai dan menenangkan hati... itulah yang dirasai apabila kaki melangkah di hari pertama pendaftaran di martah selangor ~maahad tahfiz lil banat negeri selangor~ .... sesuatu yang tidak boleh dilupakan dalam hidup.... disitulah bermula satu kehidupan baru yang sangat teruja... :)

hampir 3 tahun lebih berada disitu terlalu banyak pengalaman, pengajaran, pembelajaran yang dilalui.... suka, duka, pahit, manis diharungi jua bersama teman-teman..... masih jelas dan terasa sehingga ke hari ini.... GURU.... mereka adalah murabbi yang sgt istimewa... mendidik tak pernah jemu... alfadhil us ahmad zuhri mutammim bin marlan insan pertama yang mula2 ku kenali.... walaupun kadang2 kami malas nak tasmi dan iadah, tetapi beliau tetap cool dan sabar...... us.mohd ilham hj.ikhsan, us hairullfazli mohd som, us shahrul rizal shahri.... merekalah antara insan-insan yang pernah mentasmi' hafazanku... jasamu tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.... :)



guru.... jasamu tetap dikenang..


us lokman bin hosni al-hafiz... guru kelas mase form 5
skrg bertugas sbg salah seorang imam di masjid putrajaya...

maahad tersebut telah diwakafkan kepada JAIS oleh seorang insan yang sangat pemurah dan baik hati iaitu haji miftah bin iskandar..... tapi malangnya pada tahun 2002 ianya telah ditutup atas sebab-sebab tertentu dan dipindahkan di bawah satu pentadbiran bersama pelajar-pelajar banin di jugra banting selangor......


hj miftah dan isteri



bersama teman seperjuangan.....



hari guru... tak ingat thn bile...

penghijrahan ke banting mengundang perasaan sedih, hiba dan sayu.... berpisah bersama guru-guru yang disayangi... tak semuanya berpindah.... hanya beberapa orang sahaja.... namun perjuangan dalam menuntut ilmu perlu diteruskan walau apa jua keadaan sekalipun.... ilmu Allah berada seluasnya di muka bumi ini..... terokailah ia....

sekadar berkongsi cerita....









nasyeed