RSS
Showing posts with label teachers day. Show all posts
Showing posts with label teachers day. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru....2013


Tema Hari Guru 2013
Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda



Tanpa mereka.... siapalah kita...
 Insan yang tidak pernah kenal erti jemu 
dalam mendidik anak bangsa.......
Pengorbanan mereka sangat tinggi nilainya...
tidak mampu dibalas dengan harta dan wang ringgit...
Hanya doa yang mampu ku kirimkan buat guru-guruku....
Jasa dan pengorbanan kalian akan dikenang selagi hayat dikandung badan.....

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang....
Kau Rahmatilah guru-guruku...
Kau limpahkanlah segala kasih  sayangMu kepada mereka.....
Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka...

Izinkan Aku Ya Rahman...
Meneruskan perjuangan guru-guruku....
Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan izinMu.....
Semoga diri ini dapat meneruskan perjuangan mereka......

Ya Allah.....
Berikanlah daku kesabaran dan ketabahan dalam mendidik anak bangsaku...
Semoga mereka menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat....
Kau Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah....
Mudah2an tanggungjawab ini menjadi bekalanku di akhirat kelak.....

"Selamat Hari Guru"

Ikhlas.......



Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru......2012








Monday, May 17, 2010

selamat hari guru

Jasa Guru

Jasa guruku tak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
Jasanya ku kenang sampai bila-bila

Guruku mengenalkan ku pada Tuhanku
Rasul dan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan

Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa

Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertaqwa sebagai bekalan ke sana

Aku berdoa kepada Tuhanku
Agar dosa guruku di ampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan

nasyid : kumpulan aeman


1st year sebagai seorang guru.. 2010
tq to my dear student's


gift from pelajar aspuri.. luv u all :))


Selamat hari guru ditujukan guru-guru yang telah mendidikku sejak kecil lagi.. tanpamu guru diriku tidak akan berada di tahap sekarang... sekalung penghargaan buat guru2ku di :

~ Tadika Kemas Kg Perepat
~ Sek Keb Kapar & SRA Kg Perepat
~ Sek Agama Men Tinggi Hisamuddin Kg Jawa,Klang
~ Maahad Tahfiz lil-banat, Bukit Naga
~ Maahad Tahfiz Istana Alaeddin Bandar, Jugra Banting
~ Maahad Qiraat Al-Azhar, Mansoura Egypt
~ Fakulti Pengajian Islam, UKM
~ Fakulti Pendidikan, UM


nasyeed