Monday, March 3, 2014
Kisah seribu rahmat..seluruh alam..
Friday, February 14, 2014
Berhati-hati pada dosa yang disedari ataupun tidak..
Wednesday, December 4, 2013
~ Pencetus Inspirasi Saya ~
Sejernih Sinar Matamu...
yang boleh dijadikan sumber inspirasi yang sangat berguna...
Setelah sekian lama saya teringin sangat nak
Ade sesuatu yang ingin saya tahu...
Siapakah Dr Muhaya sebenarnya??latarbelakang beliau???
konsep "Reset Minda" beliau menjadi inspirasi saya....
Beliau telah melalui byk pengalaman dalam hidupnya...
kerana bagi saya perkongsian ilmu yang disampaikan
.......................................................................................................................
Beliau seorang yang sangat pemurah dan suka bersedekah. Antara kelebihan bersedekah :
1) Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang bersedekah
2) Menggembirakan para malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang bersedekah
3) Menambah keberkatan kepada rezeki
4) Allah melanjutkan usia
5) Menjadikan iblis dan syaitan gelisah dan sakit hati
6) Menolak atau menghindarkan bala dan akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya
7) Menggembirakan roh si mati yang berada di alam barzakh
8) Menambahkan pahala
9)Menambah dan menimbulkan kasih sayang dalam pergaulan dan dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua-dua belah pihak.
......................................................................................................................
Kejayaan beliau sebagai Pakar Mata dan Pencetus Inspirasi terletak pada empat perkara :
1) Mengutamakan dan menjaga solat, seboleh-bolehnya dilakukan tepat pada waktunya atau sekurang-kurangnya dengan tidak sengaja melengah-lengahkannya.
2) Sikap mempermudahkan orang, banyak memberi dan bersedekah.
3) Kekuatan doa.
4) Tidak ambil kisah apa orang kata dan bebas daripada penghargaan manusia tetapi apa yang ditakuti adalah " Apa pandangan Allah "...
~ Pandanglah kehidupan ini dengan "mata hati" bukan dengan "mata fizikal" supaya kita sentiasa redha dan mensyukuri apa yang dimiliki... buanglah yang negatif, ambillah yang positif....semoga Allah sentiasa berada dalam jiwa kita ~
~ Semoga Allah merahmati Prof Dr Muhaya sekeluarga ~
Wallahu'alam...... Sekian.......:)
# bagi yang berminat membacanya boleh dapatkan di pasaran dengan harga RM80.. tapi bagi pemegang keahlian kad "POPULAR" boleh dapat diskaun 25% mcm saye..hehe..;)

Sunday, February 19, 2012
koleksi buku saya....
Hopefully siapa yg bace blog ni, berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.... harini agak bz sket demi menyiapkan kertas2 soalan Ujian 1 di sekolah..... akhirnya berjaya jugak siap!!! mood hepi.....
baru-baru ni, sy ade beli sebuah buku yang sangat menarik di hati untuk memilikinya kerana sangat merindui tempat-tempat tersebut yang pernah diziarahi satu masa dulu..... buku bertajuk "Jejak 5 Rasul di Tursina"... karangan ustaz taha hassan.... beliau merupakan salah seorang musyrif yang membawa sy dan teman2 ke semenanjung sinai, mesir..... ketika sy masih menuntut di sana.... sangat seronok menziarahi jejak2 para anbiya' dan kagum dengan perjuangan rasul2 terdahulu.....
Antara tempat-tempat yang pernah sy kunjungi ialah terusan suez, uyun musa, mata air 12, mann wa salwa, banjaran tih, maqam nabi saleh, maqam nabi harun, kisah penyembahan patung anak lembu samiri, gunung tursina dan banyak lagi.... Sepanjang menuntut di sana, 2 kali sy menyertai jelajah ke semenanjung sinai.... kedua-duanya sangat berbeza pengalamannya..... pengalaman kedua paling seronok kerana merasai salji tebal sehingga negatif -4 darjah celcius...
Bagi yang ingin mendalami sejarah di sebalik tempat2 tersebut bolehlah memiliki buku tersebut... sebagai seorang Islam kita perlulah mengetahui sirah para anbiya' terdahulu.... siapa lagi yang perlu tahu kalau bukan kita sebagai seorang Islam.....
Antara memory bersama teman2 di sane..........
pemandangan di perjalanan....
sekitar uyun musa
Mata air 12 (ada disebut dalam Surah Al-Baqarah ayat : 60)
sekitar mata air 12.....
Wadi Arba'in
terdapat di puncak tursina, mihrab munajat Nabi Musa As &
sebuah gereja kecil bersebelahannya......
Maqam Nabi Harun as
Salah satu kesan peninggalan ukiran patung anak lembu Samiri
di Saint Katherine...
kisahnya ada disebutkan dalam surah Taha ayat 85-99 dan
surah al-a'raf ayat : 148-154

subhanallah..... gambar real nih
hanya sekadar berkongsi pengalaman...............
inilah dia koleksi buku saya............... buku ni sangat menarik, terdapat gambar2 yang menarik dan dinyatakan rujukan.....










