RSS

Wednesday, December 4, 2013

~ Pencetus Inspirasi Saya ~

Alhamdulillah....
Selesai sudah membaca 'Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya'
Sejernih Sinar Matamu...
Pengarang : Rozninah Abd Azib

Tahniah kepada usaha pengarang, mengarang sebuah buku
yang boleh dijadikan sumber inspirasi yang sangat berguna...
Setelah sekian lama saya teringin sangat nak
membaca buku ini, akhirnya dapat jugak memilikinya...

Pertama kali saya berjumpa Prof Dr Muhaya di Seminar Pembangunan Wanita
pada tahun 2010..ketika itu saya menghadiri seminar yang dianjurkan oleh
ANGKASA di Hotel Concorde Shah Alam.... Sejak daripada itu, saya
sentiasa mengikuti program motivasi beliau di kaca TV...
Ade sesuatu yang ingin saya tahu...
Siapakah Dr Muhaya sebenarnya??latarbelakang beliau???
sebab konsep inspirasi beliau sangat menarik minat saya...
konsep "Reset Minda" beliau menjadi inspirasi saya....
Beliau telah melalui byk pengalaman dalam hidupnya...
Bukan mudah apa yang telah dilaluinya satu masa dahulu dan pencapaian beliau sekarang...
Tahniah kepada Prof Dr Muhaya...
kerana bagi saya perkongsian ilmu yang disampaikan
menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk menjadi insan yang lebih baik dari pandangan Allah...

Antara yang saya dapat kongsikan di sini :

Teori Pemikiran "RESET MINDA" nya penting menjaga tiga perkara :
1) Pilihan kata yang keluar dari mulut kita
2) Pilihan perasaan yang berbisik di hati kita serta pilihan fikiran yang berlegar-legar dalam minda kita
3) Jangkaan kita. Pilihlah jangkaan yang positif dalam setiap perkara dan tindakan yang telah kita laksanakan.

.......................................................................................................................

Setiap hari jaga dua perkara ;
1) Apa yang kita kata terhadap diri kita. Katakan yang baik-baik sahaja. Contoh : "Saya sihat". "Saya hendak solat tepat pada waktunya"
2) Fikirkan apa manfaat yang kita hendak beri kepada orang. Setiap kali kita hendak memberi manfaat, Allah akan beri jalan kepada kita untuk membuat sesuatu kebaikan kerana Allah.

....................................................................................................................

Beliau seorang yang sangat pemurah dan suka bersedekah. Antara kelebihan bersedekah :
1) Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang bersedekah
2) Menggembirakan para malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang bersedekah
3) Menambah keberkatan kepada rezeki
4) Allah melanjutkan usia
5) Menjadikan iblis dan syaitan gelisah dan sakit hati
6) Menolak atau menghindarkan bala dan akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya
7) Menggembirakan roh si mati yang berada di alam barzakh
8) Menambahkan pahala
9)Menambah dan menimbulkan kasih sayang dalam pergaulan dan dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua-dua belah pihak.

......................................................................................................................

Kejayaan beliau sebagai Pakar Mata dan Pencetus Inspirasi terletak pada empat perkara :
1) Mengutamakan dan menjaga solat, seboleh-bolehnya dilakukan tepat pada waktunya atau sekurang-kurangnya dengan tidak sengaja melengah-lengahkannya.
2) Sikap mempermudahkan orang, banyak memberi dan bersedekah.
3) Kekuatan doa.
4) Tidak ambil kisah apa orang kata dan bebas daripada penghargaan manusia tetapi apa yang ditakuti adalah " Apa pandangan Allah "...

~ Pandanglah kehidupan ini dengan "mata hati" bukan dengan "mata fizikal" supaya kita sentiasa redha dan mensyukuri apa yang dimiliki... buanglah yang negatif, ambillah yang positif....semoga Allah sentiasa berada dalam jiwa kita ~

~ Semoga Allah merahmati Prof Dr Muhaya sekeluarga ~

Wallahu'alam...... Sekian.......:)




# bagi yang berminat membacanya boleh dapatkan di pasaran dengan harga RM80.. tapi bagi pemegang keahlian kad "POPULAR" boleh dapat diskaun 25% mcm saye..hehe..;)



0 comments:

Post a Comment

nasyeed