Di sini saya nk share buku yang sangat berguna utk dijadikan
bahan bacaan dan rujukan ilmiah...
Buku ni dah slalu saye tgk di pasaran tp tak pernah tergerak
hati utk membelinya..kalau ikutkn cetakannya sejak 2012..
Baru hari ni ditakdirkan Allah utk membelinya..
Ni laaaa bukunye....karangan Dr Zaharuddin Abd Rahman
Facebook satu mase dlu tidak wujud lagi..
Tapi skrg ni merupakan salah satu medium maklumat yang sgt banyak...
Terpulang pada kita utk menggunakannya dengan cara yang bagaimana...
Tepuk dada tanya diri sendiri...:)
Sedikit perkongsian tentang apa yang terkandung dalam buku ini..
Facebook : ke syurga ataupun ke neraka?
Terdapat beberapa bab. Di antara yang menarik :
- hukum Facebook dan blog
- dosa2 dan Facebook
- Facebook menjadi tempat promosi maksiat dan buka aib sendiri
- panduan berblog dan Facebook
Antara yang dapat saya kongsikan di sini :
Perlakuan dan perbuatan melalui Facebook yang boleh mengundang
dosa terlalu banyak :
1) Mendedah keaiban suami ataupun isteri di Facebook.
- Pendedahan masalah boleh mengaibkan mana-mana pihak sama ada
suami atau isteri. Rumahtangga adalah satu amanah.
2) Memuat turun gambar yang tidak sepatutnya.
3) Tagging gambar silam yang membuka aurat.
4) Penyamaran
5) Mengutuk diri sendiri dan kebaikan
Contohnya : apabila rakan lama memuat naik turun gambar lama yang sopan
Lahirlah komen2 " zaman solehah" "waktu innocent"
Tanpa disedari, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri.
Dan banyak lagi yang terkandung dalam buku ni..
Peringatan kepada saya dan semua...
kadang2 kita sendiri tidak sedar atas apa yang kita lakukan boleh mengundang dosa.
Dosa jika tidak dicegah takut akan menjadi virus dalam tubuh kita..
Facebook boleh menjadi sumber pahala apabila diguna dengan betul..
Boleh menjadi pemudah azab apabila digunakan tanpa ilmu dan had...
Pandangan Dr Zaharuddin...
" Penggunaan Facebook adalah HARUS. Namun setiap status, gambar,
Profil, dan apa jua perincian yang dimasukkan yang menentukan halal dan haramnya"
Sesiapa yang ingin menerokai khazanah ilmu ini boleh dapatkan buku ni..
Semoga kita sama2 memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Allah Itu Maha Pengampun dan sentiasa menginginkan kita
bertaubat dan beristighfar.
Wassalam......
0 comments:
Post a Comment