Saya sedang explore artikel yang tak pernah sekali saye nak google...
Tapi bila situasi ini berhadapan dengan saya, saya perlu mencari sedikit maklumat bagaimana cara untuk saya menghadapi situasi sebegini.....
Dulu saya pernah tinggal di asrama..
Pernah berhadapan dengan situasi pelajar yang histeria...
Tapi berbeza sangat ketika itu, saya baru berumur 14 tahun...
Saya hanya menolong dan membantu kakak2 senior berhadapan situasi ini...
Kini perbezaannya saya adalah seorang warden yang perlu dirujuk segala permasalahan yang berlaku di asrama....saya tiada pengalaman untuk menghadapi situasi ini...
Situasi 1:
Saya sedang minum petang bersama teman baik saya....
"Cikgu....cikgu....ada pelajar histeria cikgu!!!" kata seorang pelajar yang berjumpa dengan saya....
"Oh yeke??macamane keadaan dia sekarang??" soalan saya yang pertama....
"Dia menjerit2 cikgu"..jawab pelajar berkenaan..
"Ok2..takpe2..saya pegi asrama sekarang...
Ketika itu saya berada di Dewan Sekolah...
Dalam hati, Tuhan saje yang tau perasaan saya...saya istighfar banyak2..
Macam2 perasaan yang ada dalam hati saya...tapi saya gagahkan juga untuk naik ke dorm...
Dalam situasi ini, semua pelajar akan berharap sepenuhnya dan tindakan dari saya selaku warden..
Itu yang saya nampak dari riak wajah mereka..
Saya tarik nafas dan ambil sikap bertenang....
Apabila sampai ke atas pelajar berkenaan dah bertenang sedikit...
Saya puji pelajar2 saya yang duduk di sekeliling dan menenangkan pelajar berkenaan dengan membaca ayat kursi dan iqamah....
Berbekalkan sedikit ilmu dan hanya berserah kepada Allah agar membantu saya..
Apa yang saya lakukan, mengambil segayung air dan membaca Ayat Kursi, Surah Al-fatihah, 3 Qul,
Surah Yunus ayat : 81 dan Selawat...dan selebihnya saya doa kepada Allah...
Kemudian saya sapu ke muka pelajar berkenaan....
Alhamdulillah dapat berkurang.....
Saya cuma risaukan sekiranya pelajar berkenaan lebih agresif.....
Situasi 2:
Setelah bertenang sedikit, saya terus menghubungi penjaganya agar membawa pelajar berkenaan pulang.
Kemudian saya pulang ke rumah warden.
Tak lama kemudian.....dalam setengah jam...
Ada pelajar ketuk pintu rumah kami...
"Cikgu....cikgu.....ada pelajar histeria lagi"..dan menyebut nama pelajar berkenaan..
Perasaan yang sama datang semula untuk kali yang kedua...saya tak boleh panik..
Mesti bertenang...hoho...cuba me'reset minda' saya.......
"Ok..kejap lagi saya naik ke dorm"..
Ketika itu kami baru nak makan...cepat2 sudahkan makan dan terus naik ke dorm...
Pelajar berkenaan masih mengerang melawan gangguan tersebut..
Saya buat seperti situasi yang pertama...
Bila dibaca ayat-ayat al-quran...terus melawan dan mengerang...
" Sakit ustazahhh......takuttttttt"
Kasihan dihati saya..."awak kuatkan semangat yer..sebut nama Allah"...
Akhirnya bertenang juga dan saya hanya bertawakkal kepada Allah ketika itu...
Sebab saya bukan belajar ilmu perubatan Islam....
Alhamdulillah...saya dapat menghubungi penjaga dan pelajar berkenaan saya benarkan pulang...
Lebih baik urusan selebihnya diserahkan kepada ibu bapa..mereka lebih tahu keadaan anak mereka...
Setelah jam 10 malam...penjaga berkenaan menelefon saya dan menyatakan anaknya telah sedar...
Itulah pengalaman pertama saya walaupun dah masuk tahun yang ke-5 saya menjadi warden..:):)

Sedikit info di bawah sebagai panduan..........
HISTERIA bermaksud orang-orang yang diganggu fikirannya atau psikologinya yang menjadikan ia risau,murung,susah hati,berdebar-debar yang menyebabkan mereka menjadi tidak sedar. Mengikut pengalaman penulis, keadaan tidak sedar di atas kebanyakannya (dalam anggaran 99%) disebabkan oleh gangguan jin atau syaitan terhadap seseorang mangsa tersebut.
Walaupun begitu terdapat ahli psikologi atau sesetengah pengamal perubatan moden malahan orang awam juga ada yang tidak mempercayai sebab gangguan jin atau syaitan ini walaupun ianya berlaku dihadapan mata mereka sendiri, tetapi inilah yang terjadi dalam beberapa kes di negara kita. Mereka berhujah semua itu kepercayaan mistik yang karut dan menyatakan pesakit histeria ini hanya disebabkan masalah tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumahtangga, sosial atau kerja.
FAKTOR UTAMA BERLAKUNYA HISTERIA
Secara mudahnya, histeria boleh berlaku atas sebab dua factor yang utama iaitu :-
i. Disebabkan tekanan, kerana apabila seseorang yang mengalami tekanan di sekolah, tempat kerja, akibat pergaduhan, cinta dan sebagainya maka diri mereka akan hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah untuk menguasai mereka.
ii. Disebabkan gangguan, selalunya akan melibatkan kes seperti seseorang yang menuntut ilmu persilatan, perdukunan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa seperti kita. Keadaan ini terjadi sebab itulah kerja utama syaitan dan iblis yang pernah berjaNji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.
TANDA-TANDA SESEORANG DISERANG HISTERIA
1. Tangan menggeletar dan sejuk, masa tertentu dan berulang-ulang.
2. Semacam berada di alam fantasi dan mendengar yang pelik-pelik
3. Kepala bergoyang dan menggeletar dan tidak boleh dikawal
4. Terdengar bunyi loceng, air dan sebagainya
5. Kepala menjadi sakit, badan letih dan perasaan yang tidak terkawal
6. Boleh melihat imbasan makhluk halus menjadikan si pelaku menjadi semakin takut.
Dan pelbagai lagi tanda-tanda akibat gangguan jin ini tetapi perkara di atas lebih dikhususkan pada kejadian histeria sahaja. Kejadian histeria ini lebih banyak dialami oleh golongan pelajar perempuan berbanding lelaki. Ini disebabkan sifat seorang perempuan yang lemah seperti ketika haid, mengandung, atau berpantang.
PETUA RAWATAN HISTERIA ATAU KERASUKAN JIN
Apabila seseorang itu telah dirasuki jin akibat kejadian histeria disebabkan beberapa perkara di atas, maka apakah cara yang boleh dikhtiarkan untuk merawat si pesakit? Cara yang sebaiknya ialah menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang lebih dikenali sebagai ”Ruqyah” ianya biasa dilakukan oleh pengamal pengubatan Islam atau sesiapa jua. Secara umunya As-Sayuti r.h. menjelaskan bahawa ijma’ ulama’ mengatakan bacaan untuk mengubati seseorang itu hendaklah memenuhi emat syarat iaitu :-
i. Hendaklah menggunakan kalamullah, nama Allah dan sifat-sifat Allah dan juga Sunnah Rasulullah.
ii. Menggunakan Bahasa Arab yang diketahui maknanya
iii. Hendaklah meyakini bahawa bacaan itu tidak memberi bekas tetapi kesemuanya hanyalah dengan izin dan kekuasaan Allah s.w.t. jua.
iv. Jangan mencampur adukkan antara bacaan Al-Quran dan Sunnah dengan bacaan-bacaan yang boleh menyekutukan Allah s.w.t.
Bacaan yang dicadangkan ialah :-
1. Al-Fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawizat (Al-Ikhlas/Al-Falaq/An-Nas)
4. Mengikut panduan perawat
Sumber maklumat diambil dari : assyifa' melaka (www.zainizainal.blogspot.com)
0 comments:
Post a Comment