2010... bakal melabuhkan tirainya... 2011 bakal menjelma... apakah episod yang akan terjadi seterusnya??? semuanya telah ditentukan Khaliq.... sebagai makhluk kita perlu redha dengan ketentuanNya...
............................................................................................................
Disember ini genap setahun aku melangkah sebagai seorang pendidik.. mula menjejakkan kaki ke bumi bertuah smk jelai kuala pilah pada 29 Disember 2009... segalanya telah diharungi dengan pelbagai dugaan dan cabaran... dan alhamdulillah Allah permudahkan semuanya... walaupun ade pahit dan manisnya... mendidik bukanlah suatu tugas yang mudah, dengar mcm senang... tapi hakikatnya, yang mengalaminya pasti akan mengetahui dan merasainya... mengajar memang mudah.... masuk kelas.... bla... bla... bla... dengan aktiviti, latihan, ulangkaji dan macam2 lagila... manakala mendidik seorang manusia utk menjadi sebenar-benar insan atau manusia yang mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah sangat2lah memerlukan kesabaran yang tinggi... apa yang penting, seorang pendidik perlu menjadi qudwah hasanah yang terbaik agar apa yang diajar selari dengan apa yang disampaikan.....
.......................................................................................................................
2010... hanya tinggal kenangan... semua yang telah dilalui akan menjadi suatu memory... segala pengalaman akan dijadikan panduan untuk mengharungi kehidupan yang bakal ditempuhi seterusnya... apa yang pahit, jadikan sebagai pengajaran... sebagai manusia biasa kita memang sentiasa dalam serba kekurangan...
2011... sudah menghampiri... tajdid segala niat, azam, visi dan misi seterusnya... semoga Allah mempermudahkan segala urusan untuk aku terus berbakti kepada mak dan abah dan berbakti dalam mendidik anak bangsa yang tercinta... amiinn...