RSS

Tuesday, August 31, 2010

salam merdeka...



~ selamat hari merdeka 31 ogos 2010 bersamaan 21 ramadhan 1431~




Saturday, August 28, 2010

Puasa Penyelamat Dari Api Neraka

HADITH

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.”
(al-Bukhari dan muslim)


Huraian hadith :

Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan-amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan. Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia tersebut di akhirat kelak.

sumber : website JAKIM (e-hadith)


Nuzul Al-Quran

NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

CARA AL-QURAN (wahyu) DITURUNKAN

‘Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab : ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”




Monday, August 16, 2010

hepi besday, mak...



~HEPI BESDAY TO MY MOM~

i luv u so muchh.....



Sunday, August 15, 2010

ماهر زين - ان شاء الله




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Judul : InsyaALLAH
Album : Thank You Allah
Munsyid : Maher Zain



Tuesday, August 10, 2010

ahlan ya Ramadhan...

~ Selamat menunaikan ibadah puasa ~




Sunday, August 8, 2010

Lagenda Danau Kubang

Salam....

Harini... sebahagian warga sekolah yang terdiri daripada ting 1,2 dan 4 serta guru-guru smk jelai baru pulang dari menyertai perkhemahan kokurikulum perdana SMK Jelai... Perkhemahan kali ini tidak berapa jauh sgt dari sekolah, hanya mengambil masa perjalanan selama 40 minit... Pada awalnya, aku rase tak dapat nk menyertai kem kali ni disebabkan ingin pulang ke selangor atas urusan konvokesyen di UM.... tapi pada akhirnya tak jadi balik atas sbb2 tertentu... Lokasi perkhemahan kali ini di Danau kubang, Kg Londah, Gemas N.Sembilan... 1st time dengar nama tempat ni dan 1st time jugak melalui pekan2 kecil seperti rompin dan pasir besar (sblm ni hanya dengar nama shj)...

Danau Kubang??? mengapakah tempat ini dinamakan danau kubang??? apakah ada maksud tersirat daripada nama tempat ini?? inilah persoalan yang timbul di fikiranku bila mendengar nama tempat ini... rupa2nya mmg ada cerita @ lagenda di sebalik nama tempat ini...

~ Sumber dari Malaysian Online ~

  • Danau ialah lubuk
  • Kubang ialah tempat rusa berkubang
  • Londah ialah istilah setempat merujuk kepada laluan kumpulan gajah.
  • Kawasan itu adalah laluan utama kumpulan gajah dari Johor menuju ke Pahang.

  • Lagenda cerita di sebalik nama Danau Kubang, Kg Londah, Gemas...

    Selamat membaca....

    KIRA-KIRA 400 tahun dulu, ketika zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, hulubalang tersohor, Laksamana Hang Tuah memang diakui antara rakyat yang cukup taat setia kepada Sultan, sanggup melakukan apa saja kerana berpegang kepada prinsip iaitu tidak sesekali menderhaka.

    Satu daripada tugasan yang berjaya dilaksanakan Hang Tuah ialah membawa pulang Tun Teja dari Pahang untuk diserahkan kepada Sultan Melaka.

    Misi besar itu sebenarnya lebih kepada sifat perasaan kasih sayang, cinta antara Tun Teja dan Hang Tuah, jauh berbeza daripada tugasan sebelum ini mempertahankan negara serta banyak terbabit dengan peperangan melawan lanun dan penceroboh.

    Menyingkap sejarah ringkas perjalanan Hang Tuah ke Pahang suatu ketika dulu, rombongan Melaka itu berperahu menyusuri sungai Muar menuju ke Pahang kerana sungai itulah yang menghubungkan Pahang dengan Negeri Sembilan.

    Sungai Muar yang berakhir di Ulu Bendol akan bertembung dengan Sungai Serting yang menghala ke arah Sungai Pahang tetapi mesti melalui satu kawasan yang dinamakan penarikan, iaitu tempat menarik perahu.

    Tempat penarikan itu terletak di persimpangan Sungai Jempol, lokasi paling hampir dengan Sungai Pahang. Itu cerita ringkasnya, tetapi yang ditekankan di sini ialah tempat persinggahan Hang Tuah ketika dalam perjalanan pulang ke Melaka.

    Selepas berjaya membawa Tun Teja keluar dari Pahang, rombongan Hang Tuah pernah singgah bermalam di satu kawasan iaitu Danau Kubang, terletak kira-kira tiga kilometer dari pekan Gemas, Negeri Sembilan.

    Di situlah Hang Tuah dikatakan memetik daun sirih untuk diberi makan kepada Tun Teja supaya melupakan perasaan sayangnya kepada hulubalang Melaka itu, sebaliknya bersedia untuk dibawa ke istana Sultan Melaka.

    Tempat perkhemahan rombongan Hang Tuah di tebing sungai di Danau Kubang itu, kini dijadikan tapak perkhemahan pengakap sekolah berdekatan sejak 10 tahun lalu.

    Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan (JKKK) Kampung Londah, Abdul Shukor Bachik, 65, mendakwa berdasarkan cerita lisan turun temurun penduduk di situ, kawasan tebing sungai Muar itu memang banyak pokok sirih.

    “Hang Tuah memberikan sirih ‘penawar hati’ kepada Tun Teja supaya kasih sayangnya pada hulubalang Melaka itu berkurang. Memang tujuan asal misi Hang Tuah ke Pahang ialah mempersembahkan Tun Teja kepada Sultan.

    “Cerita lisan mengatakan, ketika bertemu Tun Teja di Pahang, Hang Tuah memberikan ‘sirih pengasih’ kepada Tun Teja dan berjaya memujuk puteri itu mengikutnya ke Melaka. Di sinilah (Danau Kubang), kasih Tun Teja berubah selepas memakan sirih penawar.

    “Daun sirih ini banyak gunanya. Orang dulu menggunakan sirih sebagai tangkal, pembuka kata untuk majlis rasmi, sirih pengasih dan sirih penawar,” katanya.

    Sebagai memperingati tempat bersejarah itu, penduduk setempat dengan kerjasama Pejabat Daerah Gemas menjadikan kawasan itu sebagai tapak perkhemahan aktiviti kokurikulum sekolah terutama pengakap.

    Selain itu, mereka turut menanam pokok sirih sebagai simbolik peristiwa berkenaan yang mengaitkan pemberian sirih kepada Tun Teja.

    Tidak jauh dari kawasan itu, pernah wujud satu kampung berhampiran Kuala Merencheh yang terletak berhampiran kawasan pertemuan Sungai Muar dan Sungai Merencheh.

    Abdul Shukor berkata, penduduk kampung di situ berpindah ke kawasan pekan selepas diserang komunis yang bertindak kejam terhadap penduduk kampung yang enggan memberikan kerjasama kepada pergerakan mereka.

    “Komunis pernah membakar sebuah rumah termasuk tiga beranak di dalamnya kerana mereka enggan memberikan bekalan makanan. Ahli keluarga dan penduduk yang hidup melarikan diri ke pekan. Tapak rumah itu serta pokok tanaman seperti manggis masih ada di situ,” katanya.

    Penolong Pegawai Daerah Gemas, Mohd Khairul Zami Khairuddin, berkata kawasan tapak perkhemahan Danau Kubang itu dilengkapi pelbagai kemudahan bertujuan menggalakkan lebih ramai generasi muda mengadakan aktiviti berfaedah di kawasan berkenaan.

    Selain berkhemah, antara aktiviti lain yang sering diadakan di situ ialah berkayak, berakit, memancing dan menangkap ikan menggunakan tangan atau popular sebagai ‘mengocah’ di kalangan penduduk.

    Pada masa sama, peserta program juga ditekankan mengenai maklumat bersejarah di situ bertujuan menyedarkan bahawa kawasan itu pernah menjadi laluan penting melalui jalan air suatu ketika dulu serta kepentingan memelihara alam semula jadi...

    Begitulah ceritanya... ia merupakan 1 lagenda...



    Sunday, August 1, 2010

    Rehlah Ilmiah


    Assalamualaikum.....

    Pada 2jun yang lepas sebahagian pelajar kaa(kelas aliran agama) berpeluang melawat dan berkongsi ilmu bersama warga SMAKL dan pensyarah2 di Kuliyyah Undang2 Ahmad Ibrahim UIA... banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama pelajar smk jelai.... SMAKL yang memang terkenal dan merupakan sekolah agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. . Tahun 2010 merupakan tahun pertama calon PMR yang mengambil 9 mata pelajaran iaitu penambahan subjek bahasa arab ... semuanya dari kelas kaa... semoga mereka semua memperoleh kejayaan yang cemerlang pada thn ini......InsyaAllah

    Gambar-gambar sepanjang lawatan ke SMAKL

    Ucapan wakil dr SMK Jelai Cikgu Abdul Jabbar

    Pelajar 2 SMK Jelai




    Persoalan yang diajukan dr wakil SMK Jelai Mohd Siddiq Amir dr 3 Ehsan

    Sesi pertukaran cenderamata bersama GPK Kokurikulum

    Cenderamata dr Badan Dakwah & kerohanian SMAKL

    Gambar @ Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIA Gombak


    Persembahan mahkamah olok-olok


    nasyeed