Syukur atas nikmat yang Allah berikan hari ini kita masih dapat lagi menghirup
udara segar di bumi Allah.....
Entry kali ni... saya ingin berkongsi pengalaman ketika berada di tempat
yang sangat indah dan cantik pemandangannya.....
pengalaman ini ketika saya berada di tahun akhir pengajian di Mesir tahun 2007...
Tentang Matruh dan Siwa......
Matruh dan Siwa terletak di Utara Mesir. Kedua-dua kawasan ini
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Matruh mempunyai pantai
antara yang tercantik di dunia.
Matruh juga mempunyai pantai di mana Cleopatra
pernah bersiram dan mandi. Manakala Siwa merupakan
Kawasan subur ini mengandungi tasik dan hidup subur tamar
dan buah zaiton di mana Siwa merupakan
kawasan pengeluaran utama Mesir bagi kedua jenis buah-buahan tadi.
Siwa juga merupakan kawasan pemerintahan Cleopatra
dan juga Alexander pernah datang ke sini
Matruh merupakan sebuah pekan pantai,
tempat ratu Cleopatra dan Mark Anthony suatu ketika
dahulu mempunyai sebuah istana.
Matruh atau nama asalnya Marsi Matruh terletak
di barat laut Mesir. Jarak ke Matruh adalah 600km dari Kaherah,
mengambil tempoh sembilan jam perjalanan.
Perjalanan menuju ke Matruh ini dikelilingi padang pasir
dan melalui kota Iskandariah dan Al-‘Alamin.
Matruh juga merupakan pusat peranginan sederhana
pada musim panas yang merupakan mercu tanda seekor kijang.
Buah Thin dan anggur merupakan tanaman utama bagi Matruh.
Siwa dikenali dengan nama Jazira Malah (garam)
kerana dikelilingi oleh lautan garam,
90 km dari paras laut. Juga dikenali sebagai
Jazira Balah (buah kurma) kerana terdapat banyak pokok kurma.
Di namakan Jazir kerana terletak di tengah-tengah laut Jerman.
Di sini terdapat kebun yang terletak di tasik garam.
Di sini juga terdapat sebuah kolam mandi Cleopatra
sedalam tujuh meter dan menjadi sumber air bagi kebun
tersebut. Oasis Siwa dikelilingi padang pasir yang luas dan
terletak di bahagian barat Qattara,
di tengah-tengah Padang Pasir Libya dalam Negara Mesir.
Jaraknya ke tenggara Matruh sekitar 300 km.
Di Siwa terdapat kilang air mineral berjenama AQUA Siwa dan Safi.
Pengeluar balah billuz (badam), minyak zaitun,
buah zaitun dan buah kurma yang terbesar
di Mesir juga kota kedua di dunia pengeluar tamar dan zaitun.
Masyarakat Siwa menggunakan bahasa Barbar (bahasa Libya)
sebagai bahasa perantaraan di antara mereka juga
merupakan antara golongan yang payah untuk menerima Islam pada