Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Sudah sekian lama laman blog ni tidak di update..
Mungkin kesibukan yang teramat sangat dan sudah tidak ada idea barangkali..
Banyak sebenarnya kisah suka dan duka sehinggalah ke bulan oktober 2015 ini...
Persahabatan...
Adalah sebuah ikatan ukhuwah yang sangat indah bagi yang menghargainya...
Mungkin kita akan merasai kehilangan seorang sahabat seandainya kita sangat menghargai dan menyayanginya kerana Allah SWT...
Suka duka senyum tawa pastinya meninggalkan sebuah kenangan yang terpahat di hati seseorang..
Itulah dia hakikat sebenar sebuah persahabatan..
Sentiasa di hati walaupun jauh di mata...
Pada tanggal 26 ramadan 1436 H...saya dan rakan2 seperjuangan di maahad kami dahulu telah kehilangan seorang sahabat yang sangat disayangi....
Pemergian yang sangat dirasai...
Pemergian yang sangat ditangisi..
Pemergian ini adalah buat selama-lamanya...
Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun....
Sedih...pilu...sebak...sehingga tidak mampu menahan air mata yang deras mengalir ketika mendengar khabar sedih ini.."korang..bil dah tak de"..dlm grup whatsapp...
Kami kehilangan seorang sahabat baik iaitu NABILAH NOR BT HURI...
Allah sangat menyayangiNya....
Allah.....sedih sangattt....
Beliau telah menderita sakit leukimia selama setahun lebih....
Bertarung nyawa melawan penyakit yang dihadapinya....tapi kita harus ingat sakit itu menghapuskan dosa-dosa kecil...
Mungkin itu yang lebih baik baginya daripada menanggung kesakitan, keperitan yang di alaminya setelah sekian lama.....
Doa dan harapan tidak putus2 semoga beliau cepat sembuh....dan sihat seperti sediakala....
Alhamdulillah..Allah izinkan juga untuk menziarahinya sepanjang beliau sakit....
Sokongan daripada sahabat2 sangat diperlukan untuk beliau tabah melawan penyakitnya...
Namun Allah Maha Mengetahui yang terbaik.....
Dikau pergi dalam keadaan yang sangat tenang.....Subhanallah..sangat tenang wajahnya...perginya dalam bulan yang paling mulia iaitu bulan ramadan...sungguh bertuah hamba Allah ini..
Nabila...
Tenanglah dikau wahai sahabat yang tersayang...
Semoga syurga milikmu....
Semoga Allahyarhamah di tempatkan dalam golongan hambaNya yang solehah...
Al-Fatihah buat sahabat tersayang dunia dan akhirat NABILAH NOR BT HURI....
(091283-130715)