RSS

Monday, January 31, 2011

Ya Allah permudahkan urusan mereka...

dari hari ke sehari mengikuti perkembangan keadaan di Mesir yang kian merungsingkan.... walaupun sudah 3 tahun meninggalkan bumi Mesir tapi tetap terase ape yang sahabat2 sedang lalui sekarang...... bagaimanakah perasaan ibu dan ayah, adik beradik, kakak, adik, abang dan ahli keluarga mereka yang sedang melalui situasi genting di sana..... sempat tanya abah mase makan malam td (abah, macamane perasaan mak abah kalau angah masih berada di Mesir dalam situasi sekarang?abah kata : mak abah takkan tidur lena)..... itulah perasaan kasih seorang ibu dan ayah..... Ya Rabb, kau tabahkanlah hati para ibu dan ayah yang mempunyai anak di Mesir yang sedang melalui dugaan ini....

Makluman terkini yang saya lihat di tv3,pihak kedutaan akan memindahkan pelajar Msia ke negara2 yang berdekatan dengan Mesir melalui jalan darat.... dan mereka diminta berkumpul di Malaysia Hall Abbasiah...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.... Kau permudahkanlah segala urusan rakyat Malaysia di sana... buat sahabat2, tabahkanlah hati... mungkin ini dugaan buat kalian, moga tabah mengharunginya.... saya yakin walaupun Mesir dalam keadaan sekarang, pasti mereka mempunyai semangat kecekalan yang tinggi.... sedangkan berada jauh di perantauan, jauh dari ibu ayah mereka boleh mengharunginya, pasti situasi sekarang menjadikan mereka lebih tabah.... aminnnnn La tahzan... Innallaha Ma'ana...



Sunday, January 23, 2011

akhirnya...

akhirnya....

dapat juga memiliki novel yg sudah lama dicari dari tahun lepas... cari di MPH midvalley tak de.. tp akhirnya dapat di MPH senawang... maka dengan itu, saya terus membelinya... novel ni, dah baca sebenarnya.. tak ingat bile... maybe zmn belajar dulu.... sangat best, memberi kesan yg mendalam kpd pembacanya... teringin nak baca lagi, sbb itulah bersungguh-sungguh mencarinya..... akhirnya dapattt ....yeayyy :)




Wednesday, January 19, 2011

tirai 2011

assalamualaikum......

harini... cuti umum sempena thaipusam... yeayy dpt rehat sket!!! klu tak sampai malam bekerja demi anak murid terchenta...

dah 3 minggu sesi persekolahan 2011 bermula.... maka dengan itu bermula la tugas2 yang menanti... 2011, masih memegang lg tugas sbg warden aspuri... bertambah lg 2 org warden aspuri thn ni.. cg anizah n cg haryani... so far, kedua2nya ok dan boleh bekerjasama... alhamdulillah Allah permudahkan urusan d asrama tuk thn ni... student thn ni,harap2 tak mendatangkan masalah spt thn lps (pada hakikatnya realiti seorang insan bernama pelajar pasti akan melakukan kesalahan, mereka masih belajar) ... pening warden dibuatnye... mudah2an mereka dpt memanfaatkan kehidupan mereka d hostel..... pembuka tirai 2011, as a warden... kami telah diuji satu masalah student yg xpernah sy alami thn lepas... sgt menguji kesabaran kami utk melakukan sesuatu tindakan dan mencari jalan penyelesaiannye... syukur sangat, tanpa pertolongan dari AL-KHALIQ kami mungkin tidak mampu nak menyelesaikannya.... thanks yani n anizah.... ;)) sumenya telah selesai dengan baik...... mudah2an tidak akan berulang lagi...

thn ni juga, masih menjadi s/u koperasi sekolah... pada hakikatnya byk bende yg masih xtahu lg... thn ni kene apply byk kursus angkasa... 17hb2 dah kene g bengkel @ PD... dalam masa yg sama, telah diberi amanah menjadi Penyelaras Kelas Aliran Agama.. tugas yg baru, dlm proses belajar dan terus belajar....

diharapkan semuanya berjalan dengan lancar.... amiinn...




Saturday, January 1, 2011

1.1.11

~ Selamat Tahun Baru 2011...





Thursday, December 30, 2010

2010 ~ melabuhkan tirainya~

alhamdulillah.... segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam....

2010... bakal melabuhkan tirainya... 2011 bakal menjelma... apakah episod yang akan terjadi seterusnya??? semuanya telah ditentukan Khaliq.... sebagai makhluk kita perlu redha dengan ketentuanNya...

............................................................................................................

Disember ini genap setahun aku melangkah sebagai seorang pendidik.. mula menjejakkan kaki ke bumi bertuah smk jelai kuala pilah pada 29 Disember 2009... segalanya telah diharungi dengan pelbagai dugaan dan cabaran... dan alhamdulillah Allah permudahkan semuanya... walaupun ade pahit dan manisnya... mendidik bukanlah suatu tugas yang mudah, dengar mcm senang... tapi hakikatnya, yang mengalaminya pasti akan mengetahui dan merasainya... mengajar memang mudah.... masuk kelas.... bla... bla... bla... dengan aktiviti, latihan, ulangkaji dan macam2 lagila... manakala mendidik seorang manusia utk menjadi sebenar-benar insan atau manusia yang mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah sangat2lah memerlukan kesabaran yang tinggi... apa yang penting, seorang pendidik perlu menjadi qudwah hasanah yang terbaik agar apa yang diajar selari dengan apa yang disampaikan.....

.......................................................................................................................

2010... hanya tinggal kenangan... semua yang telah dilalui akan menjadi suatu memory... segala pengalaman akan dijadikan panduan untuk mengharungi kehidupan yang bakal ditempuhi seterusnya... apa yang pahit, jadikan sebagai pengajaran... sebagai manusia biasa kita memang sentiasa dalam serba kekurangan...

2011... sudah menghampiri... tajdid segala niat, azam, visi dan misi seterusnya... semoga Allah mempermudahkan segala urusan untuk aku terus berbakti kepada mak dan abah dan berbakti dalam mendidik anak bangsa yang tercinta... amiinn...




Saturday, December 25, 2010

wedding suhana

19/12/2010....
ahad @ dewan teratai, seksyen 19, shah alam.....


alhamdulillah suhana telah selamat diijab kabul ngn jejaka pilihan hatinya... mabruk alaikuma suhana dan fadly... berkesempatan jugak pegi kenduri suhana kat seksyen 19 shah alam... paling seronok jmp kwn2 lame yg dh lame sgt tak jumpa.. bertahun2 jugakla... tapi ade jugak yg tak dapat jmp sbb dorg dtg pun dh lewat... yg paling best tak sangke us zuhri (guru tasmi kami 15 org) pn dtg... dkt 10 thn tak jumpe.. last jumpe thn 2001 (klu x silap) sblm kami dipindahkan ke jugra, banting.... dr 15 org kelas abi hurairah, dpt jumpe 10 org... yg lain xde rezeki nk jumpe... ;(

..............................................................................................................................................................

gambar wedding & gathering .....


class abi hurairah with us zuhri & his child (hamzah izki)

( ade 6 org je yg sempat bergambar)


kedua mempelai suhana & fadly


gathering (senior + junior)

gathering lagik.....

ziyad anak alynn

( dh x tahan nk blk... tapi uminyer seronok jumpe kwn2 lame... hehe)

................................................................................................................................................

imbas kenangan lalu .........

kelas kami suka sgt bergambar ( mase form5 thn 2000)
bersama us ahmad zuhri mutammim b marlan al-hafiz

mse form 5 juge... 8/3/00 (mse besday us zuhri)

bersame us ilham (guru tasmi kami yg ke2)

us mohd ilham b hj ikhsan al-hafiz


thn 2003 , bersama guru tasmi yg ke3
us hairullfazli b mohd som al-hafiz

ketiga-tiga mu'allim di atas sgt berjasa kepada kami.. tanpa mereka siapalah kami.. JASAMU DIKENANG.....




Saturday, December 18, 2010

alhamdulillah.... cerita gumbira


...................................................................................................................................................

Akhir november lps dah semak keputusan interview spp...

alhamdulillah keputusan temuduga spp : Diperakukan lantikan tetap

Semoga Allah swt mempermudahkan langkahku yang seterusnya... aminn Ya Rabb



nasyeed