RSS

Tuesday, September 22, 2009

sinar aidilfitri 1430

My 1st nephew...
~ muhammad muaz bin mohd azryil azimie ~
~ 190909 = 29 ramadhan 1430
~ @ hospital putrajaya,7.48 pg..


2nd day ~1 syawal 1430~



1st day ~29 ramadhan 1430~









Friday, August 28, 2009

nur kasih


Lirik : Yasin - Nur Kasih

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih


like this drama at tv3.. 9.00pm at friday...........



Sunday, August 23, 2009

menelusuri sirah perjuangan...

Seusai tamat menelaah novel Salahuddin al-Ayyubi, hati jadi hiba dan sedih.. perginya seorang pejuang Islam yang berwibawa seperti beliau.. kagum dengan sifat dan ciri-ciri kepimpinan yang ditonjolkan, bersifat tawadu', mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu peperangan sehingga nama beliau sangat masyhur satu tika dulu kerana berjaya menyatukan negara-negara Islam dan berjaya mengalahkan tentera Salib dan menawan kota Jerusalem..

Siapakah Salahuddin al-Ayyubi? Adakah kita sebagai umat Islam mengetahui siapakah beliau? tidak boleh tidak kita sebagai muslim kita perlu mengetahui sirah perjuangan kisah pahlawan terbilang Islam yang terdahulu agar dapat dijadikan iktibar.. begitu juga seorang pendidik perlu menerapkan kisah-kisah contoh tauladan kepada anak didik supaya hati dan jiwa dapat menghayati keindahan dan kesempurnaan agama Islam..

Beliau dilahirkan di Tikrit (Iraq) pada tahun 543H atau 1138M. Ayahnya Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa 2 orang puteranya Najmuddin Ayyub (ayah Salahuddin) dan Asadudin Syirkuwah. Sejak kecil, beliau telah diasuh oleh bapa saudaranya Asadudin (panglima tentera) dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Beliau membesar seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda bahawa beliau akan menjadi seorang yang masyhur apabila dewasa kelak.

Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai agama Islam. Bercita-cita ingin merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera Salib. Demi untuk tujuan itu, beliau merangka strategi bagi memperkuatkan lagi angkatan tentera Islam. Keazaman, keyakinan, keteguhan hati, kebijaksanaan, ketangkasan dan keberanian beliau akhirnya berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin. Kejayaan tentera Islam ini membolehkan mereka menawan semula Baitul Maqdis yang telah sekian lama ditawan oleh tentera Salib.

Ketika kota Jerusalem ditawan oleh tentera Salib buat kali yang pertama pada tahun 1099, mereka bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama Islam termasuklah wanita, warga tua dan kanak-kanak. Orang-orang Islam yang tidak bersenjata dibunuh sesudah diseksa dan dibakar. Namun sebaliknya yang berlaku apabila tentera Salahuddin berjaya menakluki Baitul Maqdis, tiada berlakunya sebarang kezaliman dan penyeksaan. Salahuddin Al-Ayyubi memerintahkan tentera Islam memberi layanan yang baik kepada tawanan. Kesemua tebusan dan tawanan perang hanya perlu membayar wang tebusan masing-masing. Bagi golongan hamba dan miskin tidak dikenakan apa-apa syarat dan bayaran ketika mereka dilepaskan. Begitulah sifat penyayang dan belas kasihan tentera Islam semasa menawan Baitul Maqdis jauh sekali berbeza dengan tentera Salib. Pada waktu itu, azan berkumandang semula di Masjid al-Aqsa buat pertama kalinya selepas lebih 80 tahun...


banyak lagi kisah yang menarik dalam perjuangan beliau.. panjang sangat kalau nk dicoretkn kat blog nie... selanjutnya bolehlah kita baca dan cari sirah perjuangan beliau..

Beliau meninggal dunia pada malam 27 safar 598H bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syria.



Timur Tengah (1190M). Wilayah kekuasaan Salahuddin (warna merah), wilayah yang direbut kembali dari tentera Salib 1187-1189 (pink). Warna hijau terang menandakan wilayah tentera Salib yang masih bertahan sampai meninggalnya Salahuddin Al-Ayubi.


kubu salahuddin di syria


Citadel of salahuddin al-Ayyubi at Taba, Egypt
dua kali menziarahi tempat ini tahun 2005 dan 2007. kali pertama pergi x dapat naik bot untuk menyeberangi laut tersebut.. kali kedua dapat juga menyeberanginya.



pemandangan dari jarak dekat


view dari atas kubu




" sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia "
~salahuddin al-ayyubi~



Ibnu Shaddad, seorang ahli sejarah Arab menulis,
" Kerana terbakar dengan semangat bagi memerangi tentera Salib, jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bagi menguatkan pasukan tentera serta berbincang dengan sesiapa yang menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang itu. Dalam menjayakan usaha jihad, beliau meninggalkan rumah kediaman dan keluarga, serta memilih kehidupan dalam khemah tentera "



ahlan ramadhan...


Ramadhan kareemm...... ''Allahu Akram"



Ramadhan 1430

Alhamdulillah.. syukur di atas segala rahmatNya kerana masih diberi peluang untuk merasai kedatangan ramadan kali ini..

Ramadan adalah satu bulan yang mana ianya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad saw. Mempunyai banyak kelebihan yang diberikan kepada hambaNya sebagai tanda kasihnya Allah swt kepada umat Nabi Muhammad saw.. maka amat rugilah barangsiapa yang tidak berusaha untuk meningkatkan lagi amal ibadah termasuklah diri ini...:)

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah saw yang bemaksud : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan (Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)..

Secebis coretan pengalaman yang pernah dirasai ketika berpuasa di bumi anbiya'.. kedatangan ramadan sangat meriah sekali mungkin berbeza apa yang dirasai di Malaysia.. Masyarakat arab di sana seperti berpesta menyambut kehadiran ramadan, yang mana boleh dikatakan menyambut 1 syawal di Malaysia... kami pelajar Malaysia di sana, selalu dijemput menghadiri iftor jama'ie di rumah2 arab, masjid dan sebagainya.. teringat hari-hari terakhir sebelum pulang ke malaysia dulu, berbuka di rumah mama(tuan rumah mase 1st year di mansoura).. ikut peraturan tak boleh keluar dah waktu magrib tp dh dapat jemputan buka puasa jgn ditolak... hehe :) hmm... bile teringat balik, sedapppnyee berbuka haritu... macam2 yang dihidangkan... kuftah, firah masywi, syurbah dan macam2 lagi... yang dijemput dua orang je tapi banyak betul menunya.... berpuasa pada musim sejuk sangat seronok sebab berbuka awal, pukul 5 dah masuk magrib... alhamdulillah syukur kerana diberi peluang merasai pengalaman yang berpuasa dan beraya di perantauan... pengalaman dan kenangan yang sangat berharga.. :)


Berbalik kepada fadhilat Ramadan yang telah masuk hari yang ketiga.. antara peristiwa yang tercatat dalam sejarah umat Islam yang mana mukjizat agung iaitu Al-Quran diturunkan.. moga sama-samalah kita melipatgandakan lagi amalan2 kebajikan dengan membaca dan seterusnya mengkhatamkan Al-Quran... Selain daripada itu, berlaku peperangan Badar al-Kubra dalam bulan ramadan.. peperangan yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin dan musyrik.. Pertempuran terjadi di sebuah lembah berhampiran kota Madinah iaitu di Badr.. Kekuatan kaum Muslimin pada waktu itu seramai 300 orang manakala tentera kafir seramai 1000 orang.. berkat sabar, yakin dan doa kepada Allah, akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam..

Mudah2an Allah memberi nikmat rezeki, kesihatan yang baik kepada kita dan seterusnya dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan keinsafan.. semoga amal ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah swt dan moga dengan rahmat dan kasih sayangNya, Allah swt mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan... ameen ya Rabbal 'alameen...

~ salam ramadhan al-mubarak ~



Saturday, August 15, 2009

Lukisan alam * hijjaz*

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu



Monday, August 10, 2009

berjalan ~ melihat ~ mentafsir




island hopping




tasik dayang bunting




masjid kt alor setar






~ family trip @ langkawi ~




Saturday, August 8, 2009

alfun mabruk

" slm ustzh, jemputla dtg konvo kami pd 8.8, pd ari sbtu...kedatangan ustzh amatla dialu2kan"


terharu masih diingati anak murid wpun dah hampir setahun meninggalkan bumi Darul Quran..harini merupakan hari konvokesyen Darul Quran, Jakim...tak ingat kali ke berapa dah..
sekejap je masa berlalu, tak sangka mereka dah tamat belajar...tidak dapat menghadirkan diri atas sebab urusan keluarga..


selepas 3 bulan tamat belajar kt mesir, terus apply jadi guru tasmi kat DQ..setelah diinteview, alhamdulillah dapat peluang mengajar di sana walaupun hanya seketika cuma dari Jan 08 sehingga Jun 08...sekurang2nya dapat mengulang Quran bersama pelajar..6 bulan di sana seronok rasenya sbb melalui apa yang dipelajari zmn sekolah dulu..ditugaskn menjadi guru tasmi pelajar diploma semester 4.. so far ok dan baik2 sumenya tp ada gak yang mls2 sket..lumrah :) paling gembira 2 orang student sempat khatam sblm saya kua DQ..alhamdulillah...

alfun mabruk tuk semua anak didik yang konvo hari ni..semoga terus berjaya dan peganglah amanah dengan sebaik-baiknya... :)


jamuan khatam quran :)


nadia dan rabiatul adawiyah.. di antara 2 orang yang khatam awal...mabruk ;)

Friday, August 7, 2009

praktikal @ SMK Cyberjaya


saya di tempatkan latihan mengajar di SMK Cyberjaya bersama kak nurul nalia...:) kehadiran ke sekolah pada 14 julai 2009 hanya sekadar untuk berjumpa pengetua dan guru penolong kanan akademik tapi malangnya....sekolah tidak mendapat makluman tentang kehadiran kami...adakah ianya salah kami?? atau salah UM?? masih tertanya-tanya pada hari tersebut....setelah disiasat, pihak UM telah menghantar surat kepada pihak sekolah.. tapi mungkin terlepas pandang agaknya...just positive thinking :) pada hari tersebut..mcm2 dugaan yg berlaku...terpaksa call prof wan...habib muhsin utk menyelesaikan masalah kami...tapi akhirnya dapat diselesaikan juga....apakah ini satu petanda cabaran buat kami di sekolah tersebut??? hanya berfikir2 sahaja... biarla masa dan keadaan yang menentukan segalanya....




Tuesday, July 7, 2009

2jan - 7 julai 2009

bismillahirrahmanirrahim....alhamdulillah...

selesai sudah satu episod perjalanan di universiti malaya.. harini adalah hari terakhir exam di fakulti pendidikan um.. subjek Dr.Ghazali action research menutup tirai sesi pengajian dplium 09.. rase macam tak caye tapi itulah hakikat.. setiap yang bermula pasti akan berakhir.. setiap yang bertemu pasti akan berpisah.. itulah lumrah kehidupan.. seediiiihhh, tapi perjuangan perlu diteruskan.. selagi hayat dikandung badan, terokailah segala khazanah ilmu milik Allah swt di muka bumi ini.. tidak kira walau di mana kita berada....

segala macam perasaan, pengalaman, pengajaran, pembelajaran yang dilalui bersama teman-teman seperjuangan.. gembira, ceria, kelakar, suka, duka, sedih, susah, dan senang mewarnai perjalanan kehidupan di sini.. kini, semuanya hanya tinggal kenangan.. ianya bukan untuk ditangisi tapi sebagai satu memory indah untuk dikenang sepanjang hayat.. semoga ikatan ukhwah yang dibina sentiasa diredhai Allah swt.. ukhwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah swt..

buat sahabat-sahabat dplium yang dikasihi.. selamat meneruskan perjuangan untuk menjadi seorang pendidik.. ingatlah bahawa tanggungjawab ini adalah amanah dari Allah swt kepada kita.. adakah kita telah bersedia memikul tanggungjawab ini? segalanya terletak di bahu kita.. tanggung di dunia, jawab di akhirat (kata2 dr zawawi).. sebagai renungan bersama, marilah kita sama-sama ikhlaskan niat mendidik hanya kerana Allah swt.. semoga Allah swt sentiasa meredhai apa yang kita lakukan dan memberkati perjalanan hidup yang bakal kita lalui..

buat semua pendidik dan pensyarah yang disayangi.. terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan.. jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.. doakan kejayaan kami semua.. doakan kami berjaya seperti kalian..

pada teman-teman seperjuangan.. semoga kita dapat bersua di suatu masa nanti.. berjumpa pada akhir oktober refleksi Latihan Mengajar, kursus induksi dan jaulah ke middle east.. :) selamat menjalani latihan praktikal di sekolah masing-masing.. SMK Cyberjaya tempatku bersama kakak matahari nurul nalia.. semoga kalian terus berjaya dan enjoy dalam LM.. moga ia menjadi pengalaman yang manis dan indah buat kita semua..
all da best to all my friends DPLIan UM 09'...

~ hakikat kenangan sukar diterjemahkan ~







Saturday, July 4, 2009

luv my friends.....

" friend share the joy and pain...
they know about desire and rejection....
friend allow you to be who you're without expectations of who you should be...
friend don't come with a purpose, they don't come with a plan..
they come to enlighten your spirit...
they come to brighten your heart...
they come to give you a hand when needed and expect nothing in return...
it's the little things that friend do, like fill your heart with pleasure..
hope enjoy.... "

sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar
sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
sahabat sejati menjadi pendorong impian
sahabat berhati mulia mendorong kita ke jalan Allah....






diploma in education, university of malaya 09


convocation 1st degree at alazhar conference centre 07







my ukhwahfillah groups ~ diploma tahfiz al-quran wal-qiraat 04 ~


"Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya BERCINTA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti
tetapi indahnya PERSAHABATAN sukar di cari ganti "

~ salam perjuangan buat semua teman-teman... semoga Allah sentiasa memberkatimu ~



Tuesday, June 23, 2009

bina insan guru dplium 09.....

secebis kenangan sewaktu menghadiri kursus bina insan guru di ILIM, Bangi...
kursus dijalankan selama 3hari pada 12-14 Jun 2009...
menyuntik satu semangat, azam dan janji dalam meneruskan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini...
kursus yang bertemakan "menongkah jatidiri pendidik cemerlang" mudah2an memberi impak yang besar dalam menjadi seorang murabbi yang ikhlas dalam mendidik anak bangsa...
tahniah buat semua AJK penggerak program bina insan guru dplium...
tak lupa juga buat sahabat2 yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini..
moga Allah swt yang akan membalasnya....


kursus bina insan guru
ILIM Bangi....

barisan AJK penggerak kursus bina insan guru dplium 09...

majlis perasmian dirasmikan oleh Dr. Zaharah Hussain....
Ketua Jabatan Asas Pendidikan & Kemanusiaan..
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya...

bersama teman seperjuangan =)

with adik norlia (cekgu) ....


ucapan aluan Presiden Persatuan Pendidikan Islam DPLIUM 09'..
saudara Mior Mohd Mizan..

take 5..

ustazah sitaton....
mengendalikan kursus pengurusan jenazah...
sangat berpengalaman...

~ farida ~ huda ~ eyda ~





Friday, June 5, 2009

satu cerita....

bismillahirrahmanirrahim.... :)

satu perjalanan yang tidak pernah disangkakan dalam hidup... semuanya ditakdirkan oleh Allah.. tak pernah bercita-cita dan tak pernah terlintas dihati.... semuanya idea dan pilihan mak dan abah... tak berminat hanya menurut sahaja... terpaksa merelakan hati, positifkan diri.. dan hanya memikirkan itulah yang terbaik kerana pilihan parent.......

8 mac 1999 ~ gundah gulana... susah hati .... takut... mampu @ tidak... sedih... risau... dan macam-macam lg perasaan tak sedap hati tapi cuba berusaha untuk menyedapkan hati sendiri... hati mula merasa tenang bila berada di situ..... sukar digambarkan hanya boleh dirasai... seperti berada di suatu tempat yang sangat damai dan menenangkan hati... itulah yang dirasai apabila kaki melangkah di hari pertama pendaftaran di martah selangor ~maahad tahfiz lil banat negeri selangor~ .... sesuatu yang tidak boleh dilupakan dalam hidup.... disitulah bermula satu kehidupan baru yang sangat teruja... :)

hampir 3 tahun lebih berada disitu terlalu banyak pengalaman, pengajaran, pembelajaran yang dilalui.... suka, duka, pahit, manis diharungi jua bersama teman-teman..... masih jelas dan terasa sehingga ke hari ini.... GURU.... mereka adalah murabbi yang sgt istimewa... mendidik tak pernah jemu... alfadhil us ahmad zuhri mutammim bin marlan insan pertama yang mula2 ku kenali.... walaupun kadang2 kami malas nak tasmi dan iadah, tetapi beliau tetap cool dan sabar...... us.mohd ilham hj.ikhsan, us hairullfazli mohd som, us shahrul rizal shahri.... merekalah antara insan-insan yang pernah mentasmi' hafazanku... jasamu tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.... :)



guru.... jasamu tetap dikenang..


us lokman bin hosni al-hafiz... guru kelas mase form 5
skrg bertugas sbg salah seorang imam di masjid putrajaya...

maahad tersebut telah diwakafkan kepada JAIS oleh seorang insan yang sangat pemurah dan baik hati iaitu haji miftah bin iskandar..... tapi malangnya pada tahun 2002 ianya telah ditutup atas sebab-sebab tertentu dan dipindahkan di bawah satu pentadbiran bersama pelajar-pelajar banin di jugra banting selangor......


hj miftah dan isteri



bersama teman seperjuangan.....



hari guru... tak ingat thn bile...

penghijrahan ke banting mengundang perasaan sedih, hiba dan sayu.... berpisah bersama guru-guru yang disayangi... tak semuanya berpindah.... hanya beberapa orang sahaja.... namun perjuangan dalam menuntut ilmu perlu diteruskan walau apa jua keadaan sekalipun.... ilmu Allah berada seluasnya di muka bumi ini..... terokailah ia....

sekadar berkongsi cerita....









nasyeed