Seusai tamat menelaah novel Salahuddin al-Ayyubi, hati jadi hiba dan sedih.. perginya seorang pejuang Islam yang berwibawa seperti beliau.. kagum dengan sifat dan ciri-ciri kepimpinan yang ditonjolkan, bersifat tawadu', mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu peperangan sehingga nama beliau sangat masyhur satu tika dulu kerana berjaya menyatukan negara-negara Islam dan berjaya mengalahkan tentera Salib dan menawan kota Jerusalem..
Siapakah Salahuddin al-Ayyubi? Adakah kita sebagai umat Islam mengetahui siapakah beliau? tidak boleh tidak kita sebagai muslim kita perlu mengetahui sirah perjuangan kisah pahlawan terbilang Islam yang terdahulu agar dapat dijadikan iktibar.. begitu juga seorang pendidik perlu menerapkan kisah-kisah contoh tauladan kepada anak didik supaya hati dan jiwa dapat menghayati keindahan dan kesempurnaan agama Islam..
Beliau dilahirkan di Tikrit (Iraq) pada tahun 543H atau 1138M. Ayahnya Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa 2 orang puteranya Najmuddin Ayyub (ayah Salahuddin) dan Asadudin Syirkuwah. Sejak kecil, beliau telah diasuh oleh bapa saudaranya Asadudin (panglima tentera) dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Beliau membesar seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda bahawa beliau akan menjadi seorang yang masyhur apabila dewasa kelak.
Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai agama Islam. Bercita-cita ingin merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera Salib. Demi untuk tujuan itu, beliau merangka strategi bagi memperkuatkan lagi angkatan tentera Islam. Keazaman, keyakinan, keteguhan hati, kebijaksanaan, ketangkasan dan keberanian beliau akhirnya berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin. Kejayaan tentera Islam ini membolehkan mereka menawan semula Baitul Maqdis yang telah sekian lama ditawan oleh tentera Salib.
Ketika kota Jerusalem ditawan oleh tentera Salib buat kali yang pertama pada tahun 1099, mereka bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama Islam termasuklah wanita, warga tua dan kanak-kanak. Orang-orang Islam yang tidak bersenjata dibunuh sesudah diseksa dan dibakar. Namun sebaliknya yang berlaku apabila tentera Salahuddin berjaya menakluki Baitul Maqdis, tiada berlakunya sebarang kezaliman dan penyeksaan. Salahuddin Al-Ayyubi memerintahkan tentera Islam memberi layanan yang baik kepada tawanan. Kesemua tebusan dan tawanan perang hanya perlu membayar wang tebusan masing-masing. Bagi golongan hamba dan miskin tidak dikenakan apa-apa syarat dan bayaran ketika mereka dilepaskan. Begitulah sifat penyayang dan belas kasihan tentera Islam semasa menawan Baitul Maqdis jauh sekali berbeza dengan tentera Salib. Pada waktu itu, azan berkumandang semula di Masjid al-Aqsa buat pertama kalinya selepas lebih 80 tahun...
banyak lagi kisah yang menarik dalam perjuangan beliau.. panjang sangat kalau nk dicoretkn kat blog nie... selanjutnya bolehlah kita baca dan cari sirah perjuangan beliau..
Beliau meninggal dunia pada malam 27 safar 598H bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syria.

kubu salahuddin di syria
dua kali menziarahi tempat ini tahun 2005 dan 2007. kali pertama pergi x dapat naik bot untuk menyeberangi laut tersebut.. kali kedua dapat juga menyeberanginya.
" sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia "
~salahuddin al-ayyubi~
~salahuddin al-ayyubi~
Ibnu Shaddad, seorang ahli sejarah Arab menulis,
" Kerana terbakar dengan semangat bagi memerangi tentera Salib, jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bagi menguatkan pasukan tentera serta berbincang dengan sesiapa yang menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang itu. Dalam menjayakan usaha jihad, beliau meninggalkan rumah kediaman dan keluarga, serta memilih kehidupan dalam khemah tentera "
0 comments:
Post a Comment