Alhamdulillah.. syukur di atas segala rahmatNya kerana masih diberi peluang untuk merasai kedatangan ramadan kali ini..
Ramadan adalah satu bulan yang mana ianya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad saw. Mempunyai banyak kelebihan yang diberikan kepada hambaNya sebagai tanda kasihnya Allah swt kepada umat Nabi Muhammad saw.. maka amat rugilah barangsiapa yang tidak berusaha untuk meningkatkan lagi amal ibadah termasuklah diri ini...:)
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah saw yang bemaksud : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan (Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)..
Secebis coretan pengalaman yang pernah dirasai ketika berpuasa di bumi anbiya'.. kedatangan ramadan sangat meriah sekali mungkin berbeza apa yang dirasai di Malaysia.. Masyarakat arab di sana seperti berpesta menyambut kehadiran ramadan, yang mana boleh dikatakan menyambut 1 syawal di Malaysia... kami pelajar Malaysia di sana, selalu dijemput menghadiri iftor jama'ie di rumah2 arab, masjid dan sebagainya.. teringat hari-hari terakhir sebelum pulang ke malaysia dulu, berbuka di rumah mama(tuan rumah mase 1st year di mansoura).. ikut peraturan tak boleh keluar dah waktu magrib tp dh dapat jemputan buka puasa jgn ditolak... hehe :) hmm... bile teringat balik, sedapppnyee berbuka haritu... macam2 yang dihidangkan... kuftah, firah masywi, syurbah dan macam2 lagi... yang dijemput dua orang je tapi banyak betul menunya.... berpuasa pada musim sejuk sangat seronok sebab berbuka awal, pukul 5 dah masuk magrib... alhamdulillah syukur kerana diberi peluang merasai pengalaman yang berpuasa dan beraya di perantauan... pengalaman dan kenangan yang sangat berharga.. :)
Berbalik kepada fadhilat Ramadan yang telah masuk hari yang ketiga.. antara peristiwa yang tercatat dalam sejarah umat Islam yang mana mukjizat agung iaitu Al-Quran diturunkan.. moga sama-samalah kita melipatgandakan lagi amalan2 kebajikan dengan membaca dan seterusnya mengkhatamkan Al-Quran... Selain daripada itu, berlaku peperangan Badar al-Kubra dalam bulan ramadan.. peperangan yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin dan musyrik.. Pertempuran terjadi di sebuah lembah berhampiran kota Madinah iaitu di Badr.. Kekuatan kaum Muslimin pada waktu itu seramai 300 orang manakala tentera kafir seramai 1000 orang.. berkat sabar, yakin dan doa kepada Allah, akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam..
Mudah2an Allah memberi nikmat rezeki, kesihatan yang baik kepada kita dan seterusnya dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan keinsafan.. semoga amal ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah swt dan moga dengan rahmat dan kasih sayangNya, Allah swt mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan... ameen ya Rabbal 'alameen...
~ salam ramadhan al-mubarak ~