RSS

Wednesday, March 31, 2010

my new life at n9

Di sini bermula (29 Disember 2009)......



gate sekolah



dewan besar & quarters



padang (view from dewan besar)



view from dewan juga.....



aspuri



banglo warden :)

sumber : blog pss smk jelai kuala pilah....



tugasan baru...

salam...

semalam bermulalah satu lagi amanah yg telah dipertanggungjawabkan... secara rasminya dalam meeting ahli lembaga koperasi sekolah kak Nurul Fatihah Tan Kon Hwa telah melepaskan jawatannya sebagai s/u koperasi yg telah dipegang sejak tahun 2002... lame daa.. byk kali kak nurul mntk nk resign tp asyik ditahan jerr... komitmen beliau amat cemerlang sepanjang menjawat jawatan tersebut... tapi adakah aku dpt menyambung dengan penuh komited dlm tanggungjawab tersebut???mudah2an Allah permudahkan urusanku...

S/U koperasi sekolah jawatan yg ke4 aku terima selepas 3 jawatan yang dipegang sebelum ini... 1) warden aspuri
2) ajk headcount sekolah
3) panitia KKQ

alhamdulillah xde pegang guru kelas... sbb dah pegang 2 jawatan yang agak berat di sekolah iaitu warden dan s/u koop... pengalaman pegang jawatan dalam koperasi mmg zero, tak de experience langsung... so,kena bersedialah pergi kursus lepas ni... semoga Allah membantu dalam setiap urusan yang aku lakukan... ameen






Wednesday, March 10, 2010

inspirasi


"Allah memberikan ganjaran bukan terhad kepada ibadah tertentu yang kita lakukan tetapi jalan dan usaha untuk merealisasikan ibadah tersebut juga adalah ibadah. Semakin banyak rintangan bermaksud Allah sayangkan kita....Apakah ada tandingan KASIH SAYANG ALLAH kepada kita hambaNya...."

kata2 dipetik daripada seorang lecturer di U.Malaya..

kak nurul : sy copy dr fb akak..


Tuesday, March 9, 2010

mood 2day..

~ luv my school... n luv my students ~

" Ya Allah... Tuhan yang Maha Pengasih, Kau permudahkanlah mereka untuk menuntut ilmu.. sesungguhnya mereka perlu dibimbing untuk mendalami khazanah ilmuMu Ya Allah.. dan Kau permudahkanlah aku menjalankan amanah dan tanggungjawab ini..amin "



Tuesday, March 2, 2010

sukan..

salam....

esok hari sukan sekolah... berjemurla daku.. pengalaman pertama hari sukan sekolah sebagai seorang guru.... teringat zaman sekolah dulu, hias khemah, perbarisan, acara padang n etc ....
so utk thn 2010 ni, aku sbg seorang guru kene membimbing pelajar pulak.. ditugaskan sbg guru yg in-charge perbarisan bersama kak roslina (cikgu senior).. secara jujurnya diri ini mmg tak reti berkawad tp asas kawad tu aderlaaa...

bile di flash back semule.... mase sekolah rendah, masuk tunas puteri.. boleh dikatakan persatuan yang paling aktif di sekolah( skkapar) dan kami 3 beradik masuk unit beruniform yang sama dan pada masa tu, tunas puteri dibimbing oleh Pn.Seriwapitah Tasman... zaman tu mmg seronok... jd ahli tunas puteri sampai peringkat yg tertinggi dapat 'sayap emas' n dah boleh jd pandu puteri (siap ade penganugerahan di cheras kajang..tapi x ingat nama sekolah tu).....

zaman sekolah menengah... ingatkan nak sambung jd pandu puteri tp xtaula kenape tak masuk.. maybe tak berapa aktif.. akhirnya masuk KRS.. masuk krs, adela belajar kawad tp jarang sgt sbb jemput jurulatih dr luar... dn mase tu, di sekolah agama kokurikulum masih tak berapa aktif sgt... tapiiiii mungkin sekarang dah berubah sbb kokurikulum dikira dalam merit tuk masuk ke IPT....

bile zaman IPT, maka tinggallah sume aktiviti koku tu sbb di Mesir tiada sume tu... dan sekembalinya menyambung DPLI di Universiti Malaya belajar semula... di UM la, aku dan shbt2 dpli belajar kawad dan kami perlu tahu semuanya apabila bergelar sebagai seorang guru.. dan kami mase tu menyertai masuk puteri islam dan ikhwah pengakap.. dan kami perlu mndapatkan sijil untuk layak sbg jurulatih bertauliah bila tiba di sekolah kelak....

so... berdasarkan pengalamanku, takdela rase zero dalam ilmu kawad nih... masih boleh dipraktikkan lagi..:)) tiada alasan untuk menidakkan 'saya tidak boleh'... moga usaha yang sedikit ini mendapat satu kepuasan yang teramat sangat...

satu lagi tugasku di padang, menjadi penyelia peserta... haha.. berjemurla esok.. berlari sana sini mencari peserta... mudah2an Allah swt mempermudahkan urusanku esok..

tambahan : Ya Allah.. Kau permudahkanlah hari sukan sekolah SMK Jelai dan semoga segalanya berjalan dengan lancar... ameennn.. :)))

Persiapan perbarisan rumah MERAK


MERAK... nama kumpulan (rumah merah)


sepanduk perbarisan (sentuhan kreatif cikgu nadia)
sangat teruja dengan sentuhannya..:))

idea pelajar (tahniah syikin)

"kerjasama"


~ All da best untuk RUMAH MERAK ~


nasyeed