esok hari sukan sekolah... berjemurla daku.. pengalaman pertama hari sukan sekolah sebagai seorang guru.... teringat zaman sekolah dulu, hias khemah, perbarisan, acara padang n etc ....
so utk thn 2010 ni, aku sbg seorang guru kene membimbing pelajar pulak.. ditugaskan sbg guru yg in-charge perbarisan bersama kak roslina (cikgu senior).. secara jujurnya diri ini mmg tak reti berkawad tp asas kawad tu aderlaaa...
bile di flash back semule.... mase sekolah rendah, masuk tunas puteri.. boleh dikatakan persatuan yang paling aktif di sekolah( skkapar) dan kami 3 beradik masuk unit beruniform yang sama dan pada masa tu, tunas puteri dibimbing oleh Pn.Seriwapitah Tasman... zaman tu mmg seronok... jd ahli tunas puteri sampai peringkat yg tertinggi dapat 'sayap emas' n dah boleh jd pandu puteri (siap ade penganugerahan di cheras kajang..tapi x ingat nama sekolah tu).....
zaman sekolah menengah... ingatkan nak sambung jd pandu puteri tp xtaula kenape tak masuk.. maybe tak berapa aktif.. akhirnya masuk KRS.. masuk krs, adela belajar kawad tp jarang sgt sbb jemput jurulatih dr luar... dn mase tu, di sekolah agama kokurikulum masih tak berapa aktif sgt... tapiiiii mungkin sekarang dah berubah sbb kokurikulum dikira dalam merit tuk masuk ke IPT....
bile zaman IPT, maka tinggallah sume aktiviti koku tu sbb di Mesir tiada sume tu... dan sekembalinya menyambung DPLI di Universiti Malaya belajar semula... di UM la, aku dan shbt2 dpli belajar kawad dan kami perlu tahu semuanya apabila bergelar sebagai seorang guru.. dan kami mase tu menyertai masuk puteri islam dan ikhwah pengakap.. dan kami perlu mndapatkan sijil untuk layak sbg jurulatih bertauliah bila tiba di sekolah kelak....
so... berdasarkan pengalamanku, takdela rase zero dalam ilmu kawad nih... masih boleh dipraktikkan lagi..:)) tiada alasan untuk menidakkan 'saya tidak boleh'... moga usaha yang sedikit ini mendapat satu kepuasan yang teramat sangat...
satu lagi tugasku di padang, menjadi penyelia peserta... haha.. berjemurla esok.. berlari sana sini mencari peserta... mudah2an Allah swt mempermudahkan urusanku esok..
tambahan : Ya Allah.. Kau permudahkanlah hari sukan sekolah SMK Jelai dan semoga segalanya berjalan dengan lancar... ameennn.. :)))
Persiapan perbarisan rumah MERAK
sepanduk perbarisan (sentuhan kreatif cikgu nadia)
sangat teruja dengan sentuhannya..:))
idea pelajar (tahniah syikin)
"kerjasama"
0 comments:
Post a Comment