Kalau kita kaya............................... Selalunya kita lupa
Kalau kita miskin ........................... Selalunya kita kecewa
Kalau kita kuat .............................. Selalunya kita jahat
Kalau kita cantik ........................... Selalunya kita lupa diri
Kalau kita cerdik ............................ Selalunya kita hidung tinggi
Maka .......
Janganlah kita lupa kekayaan adalah milik Allah... Ia merupakan nikmat dan kadangkala ujian bagi kita sebagai hambaNya.......
Kemiskinan juga merupakan satu ujian.... Janganlah kita terus berputus asa dan malas berusaha..... Takdir boleh berubah sekiranya kita ingin merubah diri kita ke arah yang lebih baik......
Bila ada kekuatan atau kekuasaan, janganlah kita menindas golongan yang lemah...... seorang pemimpin tidak boleh menyalahgunakan kuasa yang ada untuk bertindak sewenang-wenangnya.....
Kecantikan adalah sesuatu yang sementara ..... Segala yang indah adalah milik Allah SWT....... apa yang penting jadikanlah akhlak sebagai kecantikan diri yang paling utama..... Nilai kecantikan pada diri hambaNya adalah sifat TAQWA kepada Allah SWT...... Contohilah akhlak baginda Nabi Muhammad SAW kerana akhlak baginda merupakan akhlak Al-Quran........
Cerdik juga datangnya daripada Allah SWT........ Kefahaman, kecerdikan, kepandaian, kepintaran semuanya adalah milikNya.... sebagai hamba kita hendaklah bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dan tidak merasa bangga diri atas kelebihan yang diperolehi.... Semoga kecerdikan yang kita perolehi sentiasa disyukuri dan berkongsi bersama orang lain agar kelebihan yang diperolehi mendapat manfaat bersama.....
Kesimpulannya......
Apa yang kita ada semuanya milik Allah SWT.... mudah2an kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur.....:)
Amin Ya Rabbal Alamin.......
- sumber di ambil dari buku rekod pengajaran saya.... bertarikh 8 Februari 2013.... motivasi dari Tuan Pengetua -
0 comments:
Post a Comment