RSS

Tuesday, October 29, 2013

Optimis


Assalamualaikum.......

Hari ini rase sgt down.......
Kadang-kadang apa yang kita harapkan....bukan selalu menjadi kenyataan.....tapi apalah daya kita sebagai seorang manusia...
Hanya Allah sebaik-baik perancang untuk hambaNya.....
Satu sikap yang saya cuba untuk terapkan dalam hati ini supaya
saya sendiri tabah untuk mengharungi segala cabaran yang saya 
sendiri tak tahu apa yang bakal dilalui di masa hadapan ialah
OPTIMIS.............


Artikel ni saya ambil  dari internet utk dijadikan panduan untuk semua...

Orang yang ragu akan kejayaan atau masa hadapannya dapat disuntikkan semangat untuk maju dengan rasa optimis atau keyakinan pada diri sendiri.  Rasa optimis itu akan lahir jika seseorang itu dapat menilai kuniaan Allah Taala pada dirinya iaitu kurniaan hati, akal, anggota tubuh badan yang cukup, masa dan peluang yang membolehkannya berusaha untuk mencapai kejayaan.
Rasa ragu yang digantikan dengan rasa optimis 
akan menimbulkan keinginan untuk mencuba dan 
mengambil peluang bagi kemajuan dan kejayaan diri.

(Surah Ar-Ra'du: Ayat 11)
Ertinya:  Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan sebab perintah Allah.  Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan 
kepada sesuatu kaum bala' bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), 
maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan 
apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada siapa pun yang 
dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.

Pengertian Optimis

Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik akan terjadi yang memberi harapan positif serta menjadi pendorong untuk berusaha ke arah kemajuan atau kejayaan.
Rasa optimis akan lahir dalam diri manusia yang mengenali dirinya serta menyedari kurniaan Allah kepadanya.  Juga mempunyai keyakinan kepada Allah Taala yang bersifat pengasih dan penyayang dan keyakinan kepada kebolehan diri sendiri.  Jelasnya, optimis terbentuk daripada tiga unsur utama:

1-Mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri.
2-Yakin kepada Allah Taala
3-Yakin kepada kebolehan diri sendiri.

Optimis sebagai pendorong

Rasa optimis menjadi pendorong utama ke arah kemajuan dan kejayaan.  Perasaan ini akan melahirkan semangat ingin maju dan ingin berjaya, mengerakkan diri untuk berusaha, menimbulkan daya tahan dan istiqamah dan sedia berkorban dengan semangat jihad yang tinggi. 
Orang yang berjaya dalam kehidupan, memulakan usaha dengan rasa optimis pada diri sendiri, semangat berdikari dan berserah kepada Allah Taala.  Ia yakin bahawa usahanya yang baik tidak akan dipersia-siakan oleh Allah Taala.

Firman Allah Ta'ala:
(Surah At-Taubah Ayat 120)
Ertinya:  .....Sesungguhnya Allah tidak  menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Optimis terhadap keampunan Allah

Kemajuan dan kejayaan yang hakiki adalah kemajuan dan kejayaan yang diredhai Allah Taala.  Kemajuan dan kejayaan itu adalah rahmat yang dikurniakan olehnya.  Sedangkan rahmat Allah Taala pula sering terhalang oleh dosa hambanya.  Maka langkah pertama yang harus di ambil oleh orang yang mengharapkan kemajuan dan kejayaan itu ialah memohon keampunan daripadanya.

Orang yang memohon keampunan kepada Allah Taala hendaklah optimis 
bahawa Allah Maha Pengampun, tanpa rasa ragu dan kecewa, hampa dan putus asa.  Allah Taala dengan sifat Maha pengampun dan Maha penyayang membuka ruang pengampunan yang amat luas kepada hamba-hambanya.

(Surah Az-Zumar Ayat 53)
Ertinya:  Katakanlah (wahai Muhammad):  "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesunguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani.

Allah Taala mengalu-alukan usaha hambanya mendekatkan diri kepadanya seperti yang dapat di fahami daripada hadis Qudsi:

Ertinya:  Sesiapa yang mengerjakan satu kebaikan, maka pahalanya sepuluh kali ganda atau Aku lebihkan.  Sesiapa yang mengerjakan satu kejahatan, maka ia hanya dibalas dengan satu kejahatan atau Aku ampunkan.  Sesiapa yang hampir kepada Aku sejengkal, Aku hampir kepadanya sehasta.  Sesiapa yang hampir kepada Aku sehasta, Aku akan hampir kepadanya sedepa.  Sesiapa yang datang kepada Aku berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari.  Sesiapa yang menemui Aku membawa dosa seluas bumi, sedangkan ia tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku akan menemuinya dengan memberi pengampunan sebesar itu juga.

Sungguh benar bahawa nasib manusia di dunia ini tidak sama.  Ada orang yang kaya dan ada yang miskin, ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang sihat dan ada yang sakit.  Semua yang ada pada manusia adalah rahmat daripada kurniaan Allah Taala.  Allah Taala Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Adil terhadap hamba-hambanya.


Sikap yang paling baik dalam mengharapkan rahmat Allah Taala ialah optimis bahawa Allah maha Pemberi rahmat dan Maha memperkenankan harapan hamba-hambanya.  Sikap ini mendorong setiap orang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah dalam apa jua perkara yang diharapkannya.  Jika kamu mengalami nasib yang kurang baik janganlah kamu kecewa dan putus asa.  Percayalah bahawa Rahmat  Allah amat baik dan tidak putus-putus.


Firman Allah Taala:
(Surah Yusof Ayat 87)
Ertinya:  " Wahai anak-anakku ! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya ( Bunyamin ), Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhnya tidak putus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Ertinya:  Allah Taala menjadikan Rahmat seratus bahagian, 99 bahagian ditahan dan satu bahagian diturunkan ke bumi.  Daripada satu bahagian itu seluruh makhluk menaburkan kasih sayang, sehingga kamu melihat, binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.
( Hadis Riwayat Bukhari Muslim)




sumber : al-azim.com

Kesimpulannya

- Doa....doa...doa dan terus berdoa....pernah mendengar satu ceramah bahawa kita    hendaklah tamak dalam berdoa......mohonlah apa saja daripada Allah...
- Yakin dan percaya pada ketentuan yang Allah telah aturkan untuk hambaNya......
- Segala kelebihan dan kekurangan ada hikmah di sebalikNya...
  dan percayalah hidup ini lebih indah apabila semuanya kerana ALLAH.....

Sekian.......
Nukilan rasa



Saturday, October 26, 2013

Happy Wedding Day...


Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah sentiasa kurniakan kepada hambaNya.....

Jodoh...Pertemuan....semua ditentukan olehNya...
Barakallahu lakuma.... NADYA & AIZUDDIN
Tahniah buat seorang lagi sahabat seperjuangan satu tika dulu yg telah melangsungkan perkahwinannya
pada 19 Oktober 2013..
Jodohkan?? tiada siapa yang tahu...semuanya rahsia Allah...
Mabruk nadya...uppssss....walaupun agak terkejut bila mula2 tau pasangan awak....hehe
Rase nak menjerit mase tu.....sbb ape ek??heheh.... biarlah rahsia kami.....syhhhhhh......
Ape pun nad.... Semoga kalian berdua berbahagia di dunia dan akhirat...

To all my dear friend....luv u ollsss so much...:)
Rasenye seronok sangat jumpe mase hari kejadian...
Punyela semangat nak datang haritu...siap pegi majlis nikah kt masjid negeri...
Sanggup tunggu sampai majlis makan2...
Pastu kami gathering lagi di rumah lecturer nabila...
Nabila....I'm proud with you...tip top bil...
Seronok...sembang2....cite2..perkembangan masing2....makan2...
Sedap sangat bil masak haritu....chocolate chip bread pudding yang sgt mabelessss...hehe
Really rase sgt ukhuwahfillah.....
Persahabatan sejak zaman persekolahan bermula dari form 4...sudah 15 tahun...
Antara orang yang terakhir balik... huda, mai n erin... mengimbas kembali zaman sekolah2...
Uppsss banyak cerita...... dan akhirnya khairin yusof dah pengsan dulu....hehe
Pertemuan hari tu berakhir jam 6 petang...Ramai jugak tak dapat join ke rumah Nabila..
next time leh jumpa lagi....
Terima kasih Nabila n suami serta ibu & ayah nabila sudi melayan kami semua....
Mee goreng yang sedap...bread pudding yang tip top n fresh cocktail yang sangat menarik...
Alhamdulillah rasa seronok jumpe korang semua.......

Kredit gambar wedding day dari Erin n  Biah....


Majlis akad nikah @ Masjid Negeri Shah Alam



Pengantin...sweet
Antara yang hadir...

bak kata khairin yusof "pose paling sweet dr pengantin"

Yg specky baju hijau tu adalah mingming.....


Layankan mingming itu..hehe



Sekian......
Cerita sebuah persahabatan.....
Jumpe lagi di majlis seterusnya..
30 Nov & 1st Dec 13.... InsyaAllah





Tuesday, October 15, 2013

CPD..


Alhamdulillah.....

Sebenarnya baru nk update cite yang sudah lepas.....;)
Bulan September yang lepas saye telah selamat menghadiri Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan..atau nama lainnye CPD ( Continuous Profesional Development ) 
khusus bagi guru-guru DG41 macam saye yang masih baru berkhidmat 3-4 tahun....
Giliran saye siri yang kedua dalam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan...bertempat di A Famosa Resort Alor Gajah Melaka...

Pada permulaannya rasa kenape lame sgtt sampai 5 hari?? tapi banyak pengisiannya....
So far.....sangattttttt bermanfaat dan berguna untuk diri saye dan rakan2 yang menghadiri kursus ini...
Refresh balik ape yang kite dah belajar dan memperbaiki apa yang telah kita lalui sepanjang 4 tahun mengajar.... bagi saye yang baru dalam dunia pendidikan, ianya amatlah berguna skali....
Memandangkan banyak cabaran yang bakal ditempuh dalam dunia pendidikan yang serba mencabar kini...
Realitinya sangat berbeza dengan zaman persekolahan yang kita sendiri alami pada era 90 an...

Mendidik anak-anak zaman sekarang sangatlah mencabar...ditambah lagi dengan dasar-dasar pendidikan yang telah dibuat....maka seorang guru perlu bersedia menerima sebarang perubahan yang ada demi merealisasikan matlamat dan dasar hala tuju pendidikan negara...Saya sendiri akui banyak lagi kelemahan yang ada dalam diri yang perlu diperbaiki lagi... thinking positive....;)

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025..
Terdapat 11 anjakan dalam PPPM
Boleh tengok gambar di bawah.......

Anjakan ke 4 adalah transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Oleh itu, guru yang masih baru seperti saya diwajibkan menghadiri kursus CPD. Banyak dasar pendidikan yang saya perlu baca sebelum menghadiri kursus. Ada yang saye tau... ada yang tak tau.. x tau mungkin sebab x alert kadang2 dengan isu2 semasa... hehe.. lepas ni sila amik tau yer huda....

Antaranya yang perlu dibaca :

- Dasar dan hala tuju pendidikan Malaysia
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).. dlu xpernah amik tau sbb x ajar sekolah rendah..huhu
- 1 Murid 1 Sukan
- Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
- Sekolah Dalam Hospital (sy baru tau.. 3 perintis sekolah dalam hospital ada di Institut Pediatrik HKL,   Hospital Serdang dan Hospital  Ampang)
- Transformasi Pendidikan Vokasional
- Standard Kualiti Pendidikan Malaysia ( SKPM)
- Standard Guru Malaysia (SGM)

Alhamdulillah... selesai menghadiri CPD.. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan apa yang diperolehi dalam kursus ini... terima kasih kepada semua fasilitator daripada IPG dan BPG..



 a famosa resort

luahan rasa...
Sekian......
Sekadar berkongsi pengalaman...



Monday, October 14, 2013

selamat hari raya aidiladha....1434H


Salam Eiduladha buat semua umat Islam di seluruh  dunia...

Semoga kita mengambil iktibar dari sejarah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yg diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s...banyak sejarah di sebalik ibadah haji dan umrah...
Banyak pengorbanan yang kita lalui dalam hidup ini...pasti semua ade cerita masing2...
Begitu juga dengan diri ini....tp biarlaa rahsia...hehe...
Semoga kita menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa taat dengan perintahNya...
Sentiasa bersyukur dengan nikmat Iman yang diberikan...mudah-mudahan kita bukan daripada golongan yang kufur dengan nikmatNya...peringatan untuk diri saya sendiri....yang selalu lupa dan lalai......

Hmmmm.....
Tahun ni cuti raya pun tak lame..sehari je dapat..so,raye kat rumah saje...huhu...

Memories..... sekadar mengimbau pengalaman lalu...

Jabal Rahmah... di sekitar Padang Arafah

saye.. di Jabal Rahmah...

To Namirah Mosque.. masjid berhampiran Padang Arafah
pada musim haji sangattt penuh....
Namirah Mosque..


Kawasan khemah di Mina.. mase sy buat umrah kami tak turun di sini..tengok dari dalam bas...
Jemaah haji akan bermalam di sini.. salah satu daripada Wajib Haji..



Sekian......
Sangat rinduuuuu untuk ke sana lagi.....
Semoga Allah menjemput saya menjadi tetamuNya sekali lagi untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5...
Mudah2an akan pergi bersama insan yang teristimewa.....;) aminnnnnnn




Tuesday, October 1, 2013

ceritera lagi.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Something nak share pengalaman...pengalaman belajar dan pergi ke negara orang sambil melihat keindahannya...
Tahun 2004 bermulanye kembara ke bumi anbiya' Mesir..tahun tu jugak berpeluang menjejakkan kaki ke Doha Qatar... bandar yang sangat bersih... transit lebih 8 jam dapatla round bandar Doha...


Bandar Doha
Doha Airport..
Tahun yang sama menjejakkan kaki ke Egypt... mase tu masih airport lame lagi... tak sempat nk merasa airport yang baru...

Cairo International Airport (lame)

yang terkini




Seterusnya balik bercuti mase 2nd year... tahun 2006.. mase tu tak de tiket straigt kul - cairo..nampaknye terpaksa transit di Dubai dengan menaiki Egypt Air....lame jugak di situ tapi x ingat brape jam.. sempat pusing2 jgkla kt airport Dubai... sgt cantikkk airportnye.... ade gmbr tapi sume dah masuk album.. search kt intenet saje...mase tu digital camera x meluas lagi.. hehe....

Dubai International Airport...
cantikkkkk Dubai Airport...


eh..ade rupenye dalam laptop ni gambar di sane...sume ni housemate saye..
from pahang n terengganu...mase ni br thn 2.. 23 years old...hehe


Final year saye blk tahun 2007.... tahun tu pulak saje2 nak naik flight lain pulak..naik Singapore International Airlines... so dptla transit kt singapore...yeayy....sukerrr...





Changi Airport


dalam SI Airlines laaaa.... babai egypt...


Next destination sampaila ke KLIA.... rasenye rata2 rakyat Malaysia dh biase g KLIA....Ape pun negara sendiri jugak yg best... tempat jatuh lagi dikenang.....

KLIA




Travel saye yg terakhir setakat ini pada tahun 2012.... teman mak dan abah menunaikan umrah...
Syukur tak terhingga.... padaMu Ya Rahman... pada mase tu kami turun di King Abdulaziz International Airport, Terminal Hajj.... gambar amik kt intenet jugak..hehe...mse ni sgtt fokus nak menunaikan umrah dan jage mak n abah.....kurang bergambar...gune kamera hp saje...

Terminal Hajj, Jeddah




Next destination x tahu ke mana..... travel dalam Malaysia ponn bestttt jugakk... rata2 semua negara sy pergi ke Timur Tengah...sinonim dengan bahasa arab dan sedikit sebanyak boleh faham dan bertutur....
InsyaAllah kalau ade rezeki tempat yang terakhir itula saye nk pergi lagii....aminnnnnnn... teringin jugak nk pi Istanbul...kaya dengan senibina Islam...InsyaAllah

Sekian....;)
Saye yang suke berjalan2 dan melancong......;)



nasyeed