Sebenarnya baru nk update cite yang sudah lepas.....;)
Bulan September yang lepas saye telah selamat menghadiri Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan..atau nama lainnye CPD ( Continuous Profesional Development )
khusus bagi guru-guru DG41 macam saye yang masih baru berkhidmat 3-4 tahun....
Giliran saye siri yang kedua dalam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan...bertempat di A Famosa Resort Alor Gajah Melaka...
Pada permulaannya rasa kenape lame sgtt sampai 5 hari?? tapi banyak pengisiannya....
So far.....sangattttttt bermanfaat dan berguna untuk diri saye dan rakan2 yang menghadiri kursus ini...
Refresh balik ape yang kite dah belajar dan memperbaiki apa yang telah kita lalui sepanjang 4 tahun mengajar.... bagi saye yang baru dalam dunia pendidikan, ianya amatlah berguna skali....
Memandangkan banyak cabaran yang bakal ditempuh dalam dunia pendidikan yang serba mencabar kini...
Realitinya sangat berbeza dengan zaman persekolahan yang kita sendiri alami pada era 90 an...
Mendidik anak-anak zaman sekarang sangatlah mencabar...ditambah lagi dengan dasar-dasar pendidikan yang telah dibuat....maka seorang guru perlu bersedia menerima sebarang perubahan yang ada demi merealisasikan matlamat dan dasar hala tuju pendidikan negara...Saya sendiri akui banyak lagi kelemahan yang ada dalam diri yang perlu diperbaiki lagi... thinking positive....;)
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025..
Terdapat 11 anjakan dalam PPPM
Boleh tengok gambar di bawah.......
Anjakan ke 4 adalah transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Oleh itu, guru yang masih baru seperti saya diwajibkan menghadiri kursus CPD. Banyak dasar pendidikan yang saya perlu baca sebelum menghadiri kursus. Ada yang saye tau... ada yang tak tau.. x tau mungkin sebab x alert kadang2 dengan isu2 semasa... hehe.. lepas ni sila amik tau yer huda....
Antaranya yang perlu dibaca :
- Dasar dan hala tuju pendidikan Malaysia
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).. dlu xpernah amik tau sbb x ajar sekolah rendah..huhu
- 1 Murid 1 Sukan
- Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
- Sekolah Dalam Hospital (sy baru tau.. 3 perintis sekolah dalam hospital ada di Institut Pediatrik HKL, Hospital Serdang dan Hospital Ampang)
- Transformasi Pendidikan Vokasional
- Standard Kualiti Pendidikan Malaysia ( SKPM)
- Standard Guru Malaysia (SGM)
Alhamdulillah... selesai menghadiri CPD.. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan apa yang diperolehi dalam kursus ini... terima kasih kepada semua fasilitator daripada IPG dan BPG..
a famosa resort |
luahan rasa... |
Sekadar berkongsi pengalaman...
4 comments:
huda. Perkongsian yang menarik. Teruskan menulis cerita2 pengalaman Huda. Akak suka membacanya.
cayalah cikgu huda!
kak hawa : tq baca.... pengalaman adalah pelajaran paling berharga.. tidak dpt di cari melainkan kita yg melaluinye..
mingming ; hehehh..
Post a Comment