RSS

Thursday, November 28, 2013

As-syahid Ahmad Ammar


Maha Suci Allah...
Perjuangannya sangat mulia..
Digelar oleh sahabatnya "syahid yang tertangguh"..
Disayangi dan dikasihi semua makhluk di bumi....
Dikebumikan berjiran dengan sahabat Baginda Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari dan sahabat-sahabat baginda SAW serta syuhada' yang lain....
Semoga perjalanan hidup beliau menjadi pencetus semangat buat semua umat Islam...
lebih-lebih lagi generasi muda kini...Insya Allah...

Walaupun tidak pernah mengenali beliau tapi sangat menyentuh hati dan sedih menonton video ini...








Semoga Allahyarham tenang di sana...
Al-Fatihah buat
Allahyarham Ahmad Ammar b Ahmad Azam


nota :
untuk membaca kisah perjalanan hidup beliau..boleh baca di sini..http://chedinsphere.blogspot.com..


~ cetusan inspirasi ~



Wahai jiwa yang tenang
Bersabarlah....
Teruskan kakimu melangkah
Demi satu perjuangan yang sangat mulia....
Demi sebuah pengorbanan
yang tidak pernah henti...
Walaupun perit kau harus laluinya....
Walaupun sukar kau harus tempuhinya...
Walaupun penuh ranjau berduri kau harus redahinya...

Hanya Dia Yang Maha Mengetahui...
Hanya Dia Yang Maha Mendengar...
Hanya Dia Yang Maha Penyayang...
Hanya Dia Yang Maha Pemurah...
Hanya kepadaNya ku memohon
Pengharapan...Pertolongan...
Kekuatan...Kesabaran....
Ketenangan...Ketabahan dan Keyakinan...
Dan Hanya kepadaNya aku berserah....

Redhalah atas segala ketentuanNya...
Mungkin sesuatu yang diimpikan belum tentu baik buat tika ini...
Percaturan Allah Maha Hebat....
Tidak terjangkau di pemikiran hambaNya...
Yakinlah.....
Pasti ada hikmah yang tersirat...
Teruskan berdoa dan bertawakal kepadaNya...
Moga rahmat dan kasih sayangNya
sentiasa mengiringi kembara hidup ini....

Kuatkan hatimu...
Tabahkan hatimu..
Cekalkan hatimu...
Sabarkan hatimu...
Setiap ujian yang dilalui
sudah pastinya dianugerahkan kepada hambaNya
yang mampu melaluinya...
Allah tidak akan sia-siakan hambaNya...
Allah tidak akan menzalimi hambaNya...
Kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui
sesuatu yang terbaik buat hambaNya....
Yakinlah wahai hati.....
Teruskanlah meraih cinta...kasih...dan redhaNya....
Aminnn....

~ nukilan hati ~
huda


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ujian..dugaan...sudah pastinya akan dilalui dalam kehidupan ini...setiap jiwa pasti akan mengalaminya...walaupun kita akan terasa terbeban dengan segala permasalahan dan musibah yang dihadapi, SENYUMLAH....apa pun masalahmu ia pasti akan berlalu...Hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dan kesusahan dapat dihadapi dengan cara yang betul.....Betul atau tidak???
Sebenarnya...saya dalam proses menghabiskan pembacaan sebuah buku yang bertajuk SENYUMLAH...
Dah lama beli...tapi baru berkesempatan nak baca...xsabar nak menghabiskannya....di kala hati sedih dan berasa susah...salah satu caranya, saya akan mencari inspirasi yang boleh mencetuskan semangat saya semula melalui pembacaan buku-buku motivasi....sangat terkesan di hati saya...;) InsyaAllah...
dedicated to my special friend...semoga dipermudahkan urusan selalu..dimurahkan rezeki...jangan berputus asa...dan moga terus berjaya....i will pray for u...;) 




Sunday, November 17, 2013

9 nov dan kisah saya...

Alhamdulillah.......

Syukur pada Allah masih diberikan nikmat umur... kesihatan yang baik.... dan dikelilingi insan2 yang menyayangi saya.... bulan november ni genap usia saya 30 tahun pada 09 November.....


Ada apa pada usia???

hanya angka sahaja... jadi sudah 30 tahun saya dilahirkan dan dibesarkan oleh mak dan abah....syukur tidak terhingga....tapi sejauh mana kita telah memanfaatkan umur yang diberikan? tanya diri sendiri???masih banyak kekurangan dalam diri saya... mak pernah bercerita dan saya sentiasa ingat cerita ini...antara adik beradik saya, sayalah paling sukar untuk dilahirkan... kesakitan ibu dirasai sejak 9.00 pagi tapi saya dapat dilahirkan pada jam 11.05 malam.... hampir 14 jam mak bertarung nyawa....dan alhamdulillah selamat dilahirkan walaupun dengan bantuan vacum....dan diberikan nama yang sangat indah dan bermakna sekali iaitu NURUL HUDA...selepas dilahirkan kena jaundis pulak sehingga terpaksa diletakkan di dalam incubator... Kasih Allah sangat meluas kepada hambaNya..... kasih ibu membawa ke syurga...... mudah2an mak saya sentiasa dalam rahmat Allah..... itu cerita 30 tahun yang dulu...pada 09November 83....

Kini.........

Segalanya telah dibesarkan, dicurahkan dengan penuh kasih dan sayang tanpa sempadan....
Di  didik dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.....
Segala kehendak dan kemahuan si anak sentiasa dipenuhi....
Untuk melihat si anak berjaya dalam kehidupan
Syukur kepada Allah....didikan yang diberikan, curahan kasih sayangnya membolehkan saya terus meniti kehidupan ini dengan ketenangan...sedikit kesenangan...kegembiraan...dan sebagainya.....
Kehidupan yang serba sederhana sentiasa mengingatkan kita bahawa ada golongan yang lebih susah daripada kita....


Ibu bapa sememangnya akan memberikan yang terbaik untuk anaknya..
Saya telah melalui fasa pembelajaran di sekolah rendah yang sentiasa dipantau oleh mak dan abah dan akhirnya membuahkan kecemerlangan yang tidak disangka-sangka oleh guru-guru pada satu tika dulu….masih terbayang moment indah itu sehingga abah boleh menitiskan air mata kegembiraan dengan kejayaan si anak…..
Terima kasih kepada seorang guru saya yang menjadi pencetus semangat kepada abah saya bagi membuktikan si anak boleh berjaya seperti orang lain..
Apa yang dikatakan oleh guru tersebut bahawa ‘saya tidak akan dapat mendapat kejayaan tersebut dalam masa yang singkat (2 bulan) dan tiada harapan untuk mendapat kejayaan’…tapi siapalah kita manusia hendak menentukan masa depan seseorang……
Si anak telah dihantar ke sekolah aliran agama…mungkin ada sesuatu yang terbaik di masa hadapannya…sudah pastinya ibu bapa akan memilih jalan yang terbaik untuk permata hatinya….saya akur dan belajar, belajar dan terus belajar…
Sehinggalah tamat PMR, satu lagi pilihan telah dibuat oleh ibu dan ayah agar saya menyambung pengajian dalam bidang tahfiz….sesuatu yang tidak pernah terjangkau di kotak pemikiran saya…..dan bukan lahir dari hati dan kemahuan saya sendiri….

Tamparan hebat juga ketika itu, apabila ada seorang guru saya ketika itu seperti memperlekehkan apabila saya keluar menghadiri temuduga kemasukan ke maahad tersebut……masih terngiang2 katanya ‘buat ape nk blaja kt sekolah tahfiz..susah nak dapat keje dan tiada masa depan’….hohoho…pedas sungguh…sekali lagi saya nk tulis ayat nih ‘rezeki Allah yang tentukan..siapalah kita manusia hendak menentukan masa depan seseorang’……walaupun pada awalnya hati saya terpaksa untuk belajar di sana tapi apabila saya sudah melangkahkan kaki ke sana, ada satu perasaan lain yang terkesan dihati dan saya tukar niat saya... mak dan abah dah pilih jalan ni, sudah pasti ini yang terbaik buat diri saya…prinsip yang saya pegang ketika itu, bila mak dan abah redha dan restu, InsyaAllah pasti ada keberkatannya....kadang2 memang ada insan yang memandang rendah ibarat saya hanya menghafaz quran tanpa belajar akademik dan tiada memiliki SPM….saya belajar akademik seperti biasa dan ada peperiksaan SPM.....

Syukur rezeki Allah Maha Luas….setiap bulan kami diberikan elaun RM160 setiap seorang pelajar dan cukup untuk berbelanja keperluan harian…saya belajar di sebuah maahad tahfiz milik sepenuhnya kerajaan Negeri Selangor..... Jangan takut untuk belajar ilmu agama kerana ganjarannya sangat bernilai dunia dan akhirat….Sehingga saya sendiri dapat peluang menyambung pengajian di bumi Mesir dengan tajaan sepenuhnya Pusat Zakat Selangor RM5000 setahun dan tiket penerbangan pergi dan tamat pengajian…Ilmu duniawi juga perlu dipelajari kerana merupakan fardhu kifayah yang sangat dituntut oleh Islam....Alhamdulillah segalanya nikmat dariNya…kenapa perlu takut apabila belajar agama ibarat tiada masa depan??statement ini tidak patut diungkapkan…Ibarat kita tidak yakin dengan ketentuan Allah...banyak yang saya pelajari dalam kehidupan ini...Syukur Allah Maha Penyayang, Dia tidak akan sia-siakan hambaNya....

Syukur ada seorang anak murid saya, batch SPM 2012 menyambung pengajian dalam bidang tahfiz swasta di selangor...mudah2an beliau berjaya...lama sudah tidak mendengar kabarnya...

Alamak…panjang pulak entry kali ni…secebis kisah perjalanan hidup saya sepanjang usia ini…terima kasih mak dan abah atas segalanya…baru sekarang saya sedar dan faham akan hikmahnya…sesungguhnya ilmu agama sangat bernilai yang boleh menjadi benteng keimanan seorang hambaNya…tanpa iman, hidup kita ibarat kapal yang tiada nakhoda…terumbang ambing dan akan hanyut entah ke mana….


maahad saya suatu tika dulu.... sangat damai..

mak n abah..



Sekian...
Nukilan rasa...



nasyeed