Syukur pada Allah masih diberikan nikmat umur... kesihatan yang baik.... dan dikelilingi insan2 yang menyayangi saya.... bulan november ni genap usia saya 30 tahun pada 09 November.....
Ada apa pada usia???
hanya angka sahaja... jadi sudah 30 tahun saya dilahirkan dan dibesarkan oleh mak dan abah....syukur tidak terhingga....tapi sejauh mana kita telah memanfaatkan umur yang diberikan? tanya diri sendiri???masih banyak kekurangan dalam diri saya... mak pernah bercerita dan saya sentiasa ingat cerita ini...antara adik beradik saya, sayalah paling sukar untuk dilahirkan... kesakitan ibu dirasai sejak 9.00 pagi tapi saya dapat dilahirkan pada jam 11.05 malam.... hampir 14 jam mak bertarung nyawa....dan alhamdulillah selamat dilahirkan walaupun dengan bantuan vacum....dan diberikan nama yang sangat indah dan bermakna sekali iaitu NURUL HUDA...selepas dilahirkan kena jaundis pulak sehingga terpaksa diletakkan di dalam incubator... Kasih Allah sangat meluas kepada hambaNya..... kasih ibu membawa ke syurga...... mudah2an mak saya sentiasa dalam rahmat Allah..... itu cerita 30 tahun yang dulu...pada 09November 83....
Kini.........
Segalanya telah dibesarkan, dicurahkan dengan penuh kasih dan sayang tanpa sempadan....
Di didik dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.....
Segala kehendak dan kemahuan si anak sentiasa dipenuhi....
Untuk melihat si anak berjaya dalam kehidupan
Syukur kepada Allah....didikan yang diberikan, curahan kasih sayangnya membolehkan saya terus meniti kehidupan ini dengan ketenangan...sedikit kesenangan...kegembiraan...dan sebagainya.....
Kehidupan yang serba sederhana sentiasa mengingatkan kita bahawa ada golongan yang lebih susah daripada kita....
Ibu bapa sememangnya akan memberikan yang
terbaik untuk anaknya..
Saya telah melalui fasa pembelajaran di
sekolah rendah yang sentiasa dipantau oleh mak dan abah dan akhirnya membuahkan
kecemerlangan yang tidak disangka-sangka oleh guru-guru pada satu tika dulu….masih
terbayang moment indah itu sehingga abah boleh menitiskan air mata kegembiraan
dengan kejayaan si anak…..
Terima kasih kepada seorang guru saya yang
menjadi pencetus semangat kepada abah saya bagi membuktikan si anak boleh
berjaya seperti orang lain..
Apa yang dikatakan oleh guru tersebut
bahawa ‘saya tidak akan dapat mendapat kejayaan tersebut dalam masa yang singkat (2 bulan) dan tiada harapan untuk mendapat kejayaan’…tapi siapalah kita manusia hendak menentukan masa depan
seseorang……
Si anak telah dihantar ke sekolah aliran agama…mungkin
ada sesuatu yang terbaik di masa hadapannya…sudah pastinya ibu bapa akan
memilih jalan yang terbaik untuk permata hatinya….saya akur dan belajar, belajar dan terus belajar…
Sehinggalah tamat PMR, satu lagi pilihan
telah dibuat oleh ibu dan ayah agar saya menyambung pengajian dalam bidang
tahfiz….sesuatu yang tidak pernah terjangkau di kotak pemikiran saya…..dan
bukan lahir dari hati dan kemahuan saya sendiri….
Tamparan hebat juga ketika itu, apabila
ada seorang guru saya ketika itu seperti memperlekehkan apabila saya keluar
menghadiri temuduga kemasukan ke maahad tersebut……masih terngiang2 katanya ‘buat ape nk
blaja kt sekolah tahfiz..susah nak dapat keje dan tiada masa depan’….hohoho…pedas
sungguh…sekali lagi saya nk tulis ayat nih ‘rezeki Allah yang
tentukan..siapalah kita manusia hendak menentukan masa depan seseorang’……walaupun
pada awalnya hati saya terpaksa untuk belajar di sana tapi apabila saya sudah
melangkahkan kaki ke sana, ada satu perasaan lain yang terkesan dihati dan saya tukar niat saya... mak dan abah dah pilih jalan ni,
sudah pasti ini yang terbaik buat diri saya…prinsip yang saya pegang ketika itu, bila mak dan abah redha dan restu, InsyaAllah pasti ada keberkatannya....kadang2 memang ada insan yang memandang rendah
ibarat saya hanya menghafaz quran tanpa belajar akademik dan tiada memiliki SPM….saya
belajar akademik seperti biasa dan ada peperiksaan SPM.....
Syukur rezeki Allah Maha Luas….setiap
bulan kami diberikan elaun RM160 setiap seorang pelajar dan cukup untuk berbelanja keperluan harian…saya belajar di sebuah maahad tahfiz milik sepenuhnya kerajaan Negeri Selangor..... Jangan
takut untuk belajar ilmu agama kerana ganjarannya sangat bernilai dunia dan
akhirat….Sehingga saya sendiri dapat peluang menyambung pengajian di bumi Mesir
dengan tajaan sepenuhnya Pusat Zakat Selangor RM5000 setahun dan tiket penerbangan
pergi dan tamat pengajian…Ilmu duniawi juga perlu dipelajari kerana merupakan fardhu kifayah yang sangat dituntut oleh Islam....Alhamdulillah segalanya nikmat dariNya…kenapa perlu
takut apabila belajar agama ibarat tiada masa depan??statement ini tidak patut diungkapkan…Ibarat kita tidak yakin dengan ketentuan Allah...banyak yang saya pelajari dalam kehidupan ini...Syukur Allah Maha Penyayang, Dia
tidak akan sia-siakan hambaNya....
Syukur ada seorang anak murid saya, batch SPM 2012 menyambung pengajian dalam bidang tahfiz swasta di selangor...mudah2an beliau berjaya...lama sudah tidak mendengar kabarnya...
Syukur ada seorang anak murid saya, batch SPM 2012 menyambung pengajian dalam bidang tahfiz swasta di selangor...mudah2an beliau berjaya...lama sudah tidak mendengar kabarnya...
maahad saya suatu tika dulu.... sangat damai.. |
mak n abah.. |
Sekian...
Nukilan rasa...
2 comments:
happy belated birthday.. Moga huda sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah...Welcome to 3 series club hoho
aaaaa.....3 series..huhuhu......
Post a Comment