RSS

Tuesday, September 28, 2010

perginya seorang insan yang bergelar GURU...


Harini genap 3 hari pemergian insan yang dikasihi iaitu mak long Halidah Adip Hanim bt Mohd Rashid... pemergian yang abadi buat selama-lamanya...Janji Allah itu pasti, setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati kecuali Dia Yang Maha Esa...

......................................................................................

sedihhh... pilu... sayu... hiba... pemergian yang sangat2 dirasai oleh semua ahli keluarga.. allayarhamah seorang yg sangat baik.. beliau seorang yang ceria, pemurah dan sangat menyayangi semua anak2 buahnya... hampir 30 tahun beliau bergelar seorang pendidik dan allahyarhamah sgt menitik beratkan akademik kami anak2 buahnya... kami adik beradik selalu dpt hadiah dr maklong sampailah aku nk ke Mesir maklong sentiasa bg sokongan moral termasuklah kewangan... allahyarhamah sgt gembira kerana aku mengikuti jejak beliau menjadi seorang pendidik...

Pertemuan 1 syawal 1431 rupe2nya adalah pertemuan yg terakhir dgn maklong... terdetik di hati ini, bila lagi nk jumpa maklong lps nihh... takut sgt x dapat jumpa maklong lagi... rupenyee betul x dapat jumpe lg buat selamanya...

Panggilan telefon sabtu 25/9/10 sgt2 mengejutkan.. mak long terjatuh di bilik air dan tidak sedarkan diri ketika perjalanan ke hospital.. berlaku pendarahan di kepala yg serius menyebabkan mak long perlu ditransfer dari Hospital Batu Gajah ke Hospital Ipoh.. semua ahli keluarga berkumpul di Ipoh tp aku je tak dapat balikk... terkilan gak rasenyaa mse tu.. hampir 24 jam lebih mak long kritikal dan tidak sedarkan diri.. dan akhirnya ALLAH Maha menyayanginya.. pada jam 5.50 petang Ahad bersamaan 26/9/10 beliau telah kembali ke pangkuan Rabbul Jalil dalam keadaan yang sangat tenang, seolah-olah sedang tidur... Allahyarhamah selamat dikebumikan di kampung kami di Bt 9 Cheras,Kajang Selangor.

Alhamdulillah aku sempat sampai di Selangor sebelum jenazah disemadikan.. dapat juga melihat wajah tenang mak long buat kali yang terakhir.... bertolak dr sekolah jam 7 pagi dan sampai di Kajang pukul 9 pagi... hanya mampu menitiskn air mata bila melihat allahyarhamah... rasa sungguh singkat masa bersamanya..

.......................................................................

Buat hati ini... Redhalah dengan pemergiannya... semoga rohnya diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman.... kematian insan yang disayangi memang amat menyedihkan bagi kita yang masih hidup ini... semuanya akan menjadi satu kenangan yang abadi buat selama-lamanya...

......................................................................

Alfatihah buat Allahyarhamah Hajah Halidah Adip Hanim bt Mohd Rashid (1938-2010)



Sunday, September 19, 2010

happy birthday Muaz...1 year

190909-190910...

harini genap muaz setahun... hepi besday 2 Muaz sayang.... makngah doakan muaz membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh.. kebanggaan abah n mama...





bile nk jumpa muaz lg nihh... makngah dh blk n9.. 2 minggu lg kte jumpe ek...


Friday, September 10, 2010

1 syawal 1431




Allahuakbar.... Allahuakbar.... Allahuakbar

Alhamdulillah... syukur kepada Allah SWT... harini dah 1 syawal.. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua yang mengenali diri saye... Semoga semua dapat bergembira bersama family tercinta... seperti biasa tahun ni, kami sekeluarga beraya di Seri Kembangan... Lepas solat sunat aidilfitri baru kami pulang ke kampung mak di Cheras, Kajang.... balik kg abah melaka tak tahu bile?? xplan lagi.... maybe esok, maybe lusa.... wait n see jerr...

Menu di pagi raya cam biase.... mak masak nasi impit, kuah kacang, rendang daging dan kuah lodeh... fuhh sedappnyer... sian kt perut hari ni, terkejut hehe.....

Tahun ni, 1st syawal kaklong sekeluarga x beraya bersama kami... muaz n mama & abahnya beraya di Maran... suda rinduu same baby muaz.... muaz dah genap setahun ikut calendar hijriyah... mak ngah doakan semoga muaz membesar ngn sihat dan sempurna.... aminn... teringat kenangan setahun yg lalu, kami sekeluarga menyambut 1 syawal di hospital putrajaya... cucu pertama mak n abah... seronok sgt mase tu... thn lepas x g beraya sgt, tlg jage baby muaz n mamanya yg sedang berpantang...

okla... stop cni dulu... daaa


muhammad muaz lahir 29 ramadhan 1430H

muaz... 11 bulan 8 hari


Wednesday, September 1, 2010

cerita ramadhan

Salam ramadhan....:)

Sedar tak sedar semua umat Islam di seluruh dunia sudah berpuasa selama 22 hari... dah masuk fasa yang ke3 ramadhan iaitu tempoh untuk mengembara untuk mencari malam lailatul qadar.. fasa ketiga ramadhan ialah pembebasan daripada api neraka.. yang mana sedia kita maklum bahawa pada bulan ramadhan semua pintu2 neraka ditutup dan dibuka semua pintu2 syurga... lihatlah betapa kasihnya Allah SWT kepada umat nabi Muhammad SAW...

Lailatul qadar diibaratkan seperti 1000 bulan... telah nyata dan jelas dalam firman Allah SWT yang dinyatakan dalam surah al-qadr.. sebagai peringatan untuk diri saya juga yang sering alpa, mudah-mudahan kita berusaha untuk mendapatkan malam tersebut... semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayangNya... janji Allah SWT adalah pasti... amiinn...

Buat pertama kalinya tahun ni, saye berpuasa di tempat lain bukan di rumah mak dan abah.. hanya hujung minggu je balik s.kembangan dan cuti sekolah nanti... tahun 2010 ni, merasai puasa dan cabaran puasa sebagai seorang pendidik... mmg kadang2 menguji tahap kesabaran yang amat2... di campur dengan letih, penat dan mcm2 kerenah murid2 yang sentiasa menguji kesabaran guru2... mmg kesabaran kena berganda-ganda... puasa bkn penghalang segala-galanya... tugasan, amanah dan tanggungjawab tetap seperti biasa... bahkan pahalanya lagi besar berbanding bulan-bulan yang lain... itulah kelebihan Ramadhan.... kalau guru tak bersemangat, so student jadi tak semangat jugak!! owh tidakkk...... saya sentiasa memastikan perkara itu tidak akan berlaku... lebih2 lagi utk pelajar yang bakal menghadapi exam PMR dan SPM... semoga usaha yang dilakukan, Allah SWT mempermudahkan semua anak didik saya berjaya dunia n akhirat... hanya itu sahaja yang diharapkan dari seorang guru...

nothing to say... tiba2 teringat saat2 ramadhan di ardhul kinanah... takkan dilupakan pengalaman yang sangat berharga.. sangat merindui memory2 di sana.... 3 hari sblm ramadhan 2007, tercipta pengalaman yang sangat indah... dapat menghabiskan talaqqi 30 juzu Al-Quran dengan riwayat Hafs an 'Asim bersama Sheikh Sa'eid bin Ahmad... membawa diri ke Kaherah kerana sedih gak tak dapat mengkhatamkan hafazan kerana Sheikh yang mentasmi sy sejak tahun pertama di mansoura tak dapat meneruskan tasmi kami... maka terhentilah di situ tasmi saya bersama rakan-rakan lain kak chik, kak jah, shima dan elaine... mungkin ade hikmahNya.. terima kasih kt roomate Asilah yang sudi teman kak huda... syukran jazilan..:)) ramadhan 2007, jugaklah saya pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian di perantauan... Alhamdulillah

walau di mana sekalipun kite berada, pasti akan ada pengalaman baru yang akan kita perolehi... sedar atau tidak kita akan terus melaluinya... pengalaman adalah satu pelajaran yang sangat berharga dalam sebuah kehidupan... dengan pengalaman itulah akan mematangkan diri seseorang insan... Oleh itu, teruskanlah pengembaraan di bumi Allah SWT... demi mencapai matlamat kita untuk mencari keredhaanNya.... INSYAALLAH

best moment..

buka puasa di nabaruh.. menu makaroni, firah masywi, syurbah...


convocation di Kaherah.. bersama teman seperjuangan sejak 1999

~ elaine~

~roomate~

last day in Egypt.. blk Msia.. daa



nasyeed