RSS

Wednesday, September 1, 2010

cerita ramadhan

Salam ramadhan....:)

Sedar tak sedar semua umat Islam di seluruh dunia sudah berpuasa selama 22 hari... dah masuk fasa yang ke3 ramadhan iaitu tempoh untuk mengembara untuk mencari malam lailatul qadar.. fasa ketiga ramadhan ialah pembebasan daripada api neraka.. yang mana sedia kita maklum bahawa pada bulan ramadhan semua pintu2 neraka ditutup dan dibuka semua pintu2 syurga... lihatlah betapa kasihnya Allah SWT kepada umat nabi Muhammad SAW...

Lailatul qadar diibaratkan seperti 1000 bulan... telah nyata dan jelas dalam firman Allah SWT yang dinyatakan dalam surah al-qadr.. sebagai peringatan untuk diri saya juga yang sering alpa, mudah-mudahan kita berusaha untuk mendapatkan malam tersebut... semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayangNya... janji Allah SWT adalah pasti... amiinn...

Buat pertama kalinya tahun ni, saye berpuasa di tempat lain bukan di rumah mak dan abah.. hanya hujung minggu je balik s.kembangan dan cuti sekolah nanti... tahun 2010 ni, merasai puasa dan cabaran puasa sebagai seorang pendidik... mmg kadang2 menguji tahap kesabaran yang amat2... di campur dengan letih, penat dan mcm2 kerenah murid2 yang sentiasa menguji kesabaran guru2... mmg kesabaran kena berganda-ganda... puasa bkn penghalang segala-galanya... tugasan, amanah dan tanggungjawab tetap seperti biasa... bahkan pahalanya lagi besar berbanding bulan-bulan yang lain... itulah kelebihan Ramadhan.... kalau guru tak bersemangat, so student jadi tak semangat jugak!! owh tidakkk...... saya sentiasa memastikan perkara itu tidak akan berlaku... lebih2 lagi utk pelajar yang bakal menghadapi exam PMR dan SPM... semoga usaha yang dilakukan, Allah SWT mempermudahkan semua anak didik saya berjaya dunia n akhirat... hanya itu sahaja yang diharapkan dari seorang guru...

nothing to say... tiba2 teringat saat2 ramadhan di ardhul kinanah... takkan dilupakan pengalaman yang sangat berharga.. sangat merindui memory2 di sana.... 3 hari sblm ramadhan 2007, tercipta pengalaman yang sangat indah... dapat menghabiskan talaqqi 30 juzu Al-Quran dengan riwayat Hafs an 'Asim bersama Sheikh Sa'eid bin Ahmad... membawa diri ke Kaherah kerana sedih gak tak dapat mengkhatamkan hafazan kerana Sheikh yang mentasmi sy sejak tahun pertama di mansoura tak dapat meneruskan tasmi kami... maka terhentilah di situ tasmi saya bersama rakan-rakan lain kak chik, kak jah, shima dan elaine... mungkin ade hikmahNya.. terima kasih kt roomate Asilah yang sudi teman kak huda... syukran jazilan..:)) ramadhan 2007, jugaklah saya pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian di perantauan... Alhamdulillah

walau di mana sekalipun kite berada, pasti akan ada pengalaman baru yang akan kita perolehi... sedar atau tidak kita akan terus melaluinya... pengalaman adalah satu pelajaran yang sangat berharga dalam sebuah kehidupan... dengan pengalaman itulah akan mematangkan diri seseorang insan... Oleh itu, teruskanlah pengembaraan di bumi Allah SWT... demi mencapai matlamat kita untuk mencari keredhaanNya.... INSYAALLAH

best moment..

buka puasa di nabaruh.. menu makaroni, firah masywi, syurbah...


convocation di Kaherah.. bersama teman seperjuangan sejak 1999

~ elaine~

~roomate~

last day in Egypt.. blk Msia.. daa



0 comments:

Post a Comment

nasyeed