Harini genap 3 hari pemergian insan yang dikasihi iaitu mak long Halidah Adip Hanim bt Mohd Rashid... pemergian yang abadi buat selama-lamanya...Janji Allah itu pasti, setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati kecuali Dia Yang Maha Esa...
......................................................................................
sedihhh... pilu... sayu... hiba... pemergian yang sangat2 dirasai oleh semua ahli keluarga.. allayarhamah seorang yg sangat baik.. beliau seorang yang ceria, pemurah dan sangat menyayangi semua anak2 buahnya... hampir 30 tahun beliau bergelar seorang pendidik dan allahyarhamah sgt menitik beratkan akademik kami anak2 buahnya... kami adik beradik selalu dpt hadiah dr maklong sampailah aku nk ke Mesir maklong sentiasa bg sokongan moral termasuklah kewangan... allahyarhamah sgt gembira kerana aku mengikuti jejak beliau menjadi seorang pendidik...
Pertemuan 1 syawal 1431 rupe2nya adalah pertemuan yg terakhir dgn maklong... terdetik di hati ini, bila lagi nk jumpa maklong lps nihh... takut sgt x dapat jumpa maklong lagi... rupenyee betul x dapat jumpe lg buat selamanya...
Panggilan telefon sabtu 25/9/10 sgt2 mengejutkan.. mak long terjatuh di bilik air dan tidak sedarkan diri ketika perjalanan ke hospital.. berlaku pendarahan di kepala yg serius menyebabkan mak long perlu ditransfer dari Hospital Batu Gajah ke Hospital Ipoh.. semua ahli keluarga berkumpul di Ipoh tp aku je tak dapat balikk... terkilan gak rasenyaa mse tu.. hampir 24 jam lebih mak long kritikal dan tidak sedarkan diri.. dan akhirnya ALLAH Maha menyayanginya.. pada jam 5.50 petang Ahad bersamaan 26/9/10 beliau telah kembali ke pangkuan Rabbul Jalil dalam keadaan yang sangat tenang, seolah-olah sedang tidur... Allahyarhamah selamat dikebumikan di kampung kami di Bt 9 Cheras,Kajang Selangor.
Alhamdulillah aku sempat sampai di Selangor sebelum jenazah disemadikan.. dapat juga melihat wajah tenang mak long buat kali yang terakhir.... bertolak dr sekolah jam 7 pagi dan sampai di Kajang pukul 9 pagi... hanya mampu menitiskn air mata bila melihat allahyarhamah... rasa sungguh singkat masa bersamanya..
.......................................................................
Buat hati ini... Redhalah dengan pemergiannya... semoga rohnya diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman.... kematian insan yang disayangi memang amat menyedihkan bagi kita yang masih hidup ini... semuanya akan menjadi satu kenangan yang abadi buat selama-lamanya...
......................................................................
Alfatihah buat Allahyarhamah Hajah Halidah Adip Hanim bt Mohd Rashid (1938-2010)
0 comments:
Post a Comment