RSS

Friday, December 28, 2012

Genap 3 tahun... 281212

Alhamdulillah......

Pada tarikh ini, genap 3 tahun bergelar seorang pendidik.... dah 3 tahun berkhidmat di SMK Jelai Kuala Pilah..... seronok mengajar di sini..... environment sgt tenang dan kondusif utk sesi pengajaran dan pembelajaran berbanding sekolah di bandar... kejap je masa dah berlalu....
3 tahun dah merantau di negeri sembilan.... siapa sangka semuanya adalah rezeki Allah... percaturannya sangat hebat... walaupun peringkat awal dulu, ingat akan dipostingkan ke sabah dan sarawak... alasan dan sebab yang kukuh kerana tak berkahwin lagi......

Syukur padamu Ya Allah...... kau telah memberi ruang untuk aku berada di dalam dunia pendidikan ini.... diri ini, taklah sehebat mana tapi apa yang ada dapatlah di kongsi bersama adik2 di sini.... adik2 la ek.... sy muda lagi...;) kerja apa sekalipun pasti cabaran ade di mana-mana...... mungkin orang nampak kerjaya seorang guru mudah.... boleh balik awal.... ade cuti sekolah dan sebagainya... tapi tak semudah yang di sangka..... tugas utama adalah mendidik... jadi janganlah sesiapa menganggap tugas mendidik adalah mudah... yess mengajar tetap mengajar... masuk kelas dan bla bla bla bla........ tapi mendidik murid pula berbeza......seorang guru nak mendidik manusia untuk menjadi manusia yang berguna untuk diri, keluarga, agama dan negara...... senang ke agak2nye bagi mereka yang kata jadi guru senang jerr??? tepuk dada tanyalah diri sendiri.......

Mungkin pengalaman saya tak banyak lagi berbanding guru yang telah berkhidmat selama 10, 15, 20 tahun..... dalam 3 tahun ni byk jugaklah pengalaman yang dilalui...... dalam masa yang sama juga dah 3 tahun bertugas sebagai seorang warden..... tugas yang rasenye semua orang tak nak termasuklah saye...;) tapi yang tak nak itulah yang Allah bagi.... huhuhu....  utk 2013 ni saya masih menjadi warden..... Ya Allah tabahkanlah hati ini...... menjaga 100 lebih orang murid bukan senang.... kalau 100 orang murid, maka ada 100 macam ragamnye..... harap2 utk tahun baru ini, ibu bapa yang menghantar anak ke asrama dapatlah memberikan kerjasama yang baik dengan kami....... terkilan dengan sikap segilintir ibu bapa yang lepas tangan bila hantar anak ke asrama........ kalau nak cite pasal pengalaman jadi warden, mmg banyak.... moga Allah berikan kekuatan untuk aku lalui apa yang bakal mendatang di hadapan......... tabahlah wahai hati..... yerr kadang2 rasa diri ini tak tabah.... bermacam2 emosi yang dilalui..... geram sampai boleh nangis..... hehehe... apa yang penting, sy sendiri kena bijak kawal emosi kalau tak, kite sendiri yang stress dan macam2 lagi..... pengurusan emosi perlu diurus dengan baik kalau tak akan mudaratkan diri kita sendiri.... maka tak lain tak bukan mengadulah kite pada Pencipta kita..... pasti hati akan menjadi tenang setenangnyerrr...... percayalah.....:))))

Mudah2an Allah swt akan permudahkan perjalanan selepas ini.... kita manusia hanyalah merancang...tapi perancangan Allah lagi hebat dan mengandungi 1001 hikmah yang tersembunyi..... bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan agar nikmat itu akan sentiasa bertambah di hari yang mendatang..... Ya Allah kau rahmatilah kedua ibu bapa ku kerana merekalah yang telah mendidikku menjadi insan yang boleh berbakti kepada anak bangsa....

Buat anak didik....
Percayalah bahawa tiada guru yang ingin melihat kegagalan anda..... niat murni mereka adalah untuk mendidik diri kalian agar menjadi insan yang berguna di masa akan datang.... hargailah jasa dan pengorbanan mereka agar ilmu yang disampaikan mendapat keberkatan dan mendapat kebahagiaan dalam kehidupan kalian...... semoga Allah sentiasa merahmati anak didikku dan mudah2an mereka akan berjaya dunia dan akhirat..... aminn

memories......

ieja dan ef... guru praktikal upsi 2010

mentor saya kak pah... good motivator
hi tea 2010.... royale bintang seremban

kenangan minggu orientasi asrama 2010...
bersama Pn Hjh Radiah di malam anugerah kecemerlangan asrama 2010...

hari guru 2011... back to school

Jamuan raye 2012... student 5 akaun 2012


0 comments:

Post a Comment

nasyeed