RSS

Sunday, February 23, 2014

Qada dan Qadr

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sekadar ingin berkongsi cerita...
Kita semua akui setiap Muslim wajib mempercayai rukun iman..
Rukun Iman merupakan pegangan aqidah kita sebagai hambaNya..
Iaitu Beriman Kepada Qada' dan Qadar..

Dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ini,
Saya ada melihat beberapa insiden yg kalau blh saya xnak lihat..
Yang kedua, perkhabaran sedih dan duka...

Pertama....
Saya melihat kemalangan di Bukit Putus...
Kerap kita dengar berlakunya eksiden di situ..
Dah masuk 5 tahun saya travel...
Jalan Seremban - K.Pilah juga selalu berlaku kemalangan..
Disebabkan saya masih fobia dengan insiden yang sy alami mase
bln 12 haritu, saya sangat nervous dan berdebar2 bile nmpk eksiden..
Tak payah la diceritakan keadaan mangsa..biarlah sy shj yg tau dan Allah..

Kedua..
Kejadian saya lihat mungkin baru beberapa minit berlaku..
Seorang pakcik terjatuh di tengah jalan raya...
Beliau menaiki motor..tidak tahu sama ada beliau dilanggar atau sebaliknya..
Keadaannya mmg cedera..berlumuran darah di kepala dan mata..
Walaupun yang saya nmpk itu, berbangsa Cina..kasihan..
Mungkin seusia dengan umur ayah kita..mungkin....

Ketiga...
Saya menziarahi sekali lagi seorang rakan sekerja di sekolah...
Bln lepas, saya dah menziarahinya di HUKM...
Derita pesakit kanser hanya Allah yang tahu...
Apa yang dirasai oleh pesakit..apa perasaan pesakit...
Hati saya sangat tersentuh...begitu kuat ujian Allah baginya...
Saya hanya mampu memberikan kata semangat dan mendoakannya..
Kagum dengan semangatnya untuk terus berjuang di arena pendidikan..
Moga ada keringanan yang Allah berikan kepadaNya...
Aminn Ya Rabb..

Keempat...
Saya sayang sahabat saya...
Itulah sahabat seperjuangan saya sejak di usia remaja 16 tahun..
Baru2 ini, dikhabarkan kepada saya beliau disahkan oleh doktor
menghidap "acute myloid leukimia"...
Allah...Allah....Allah...
Sedih...mula2 mendengar berita ini, mata saya mula digenangi air...
Sahabat saya ini seorang yang gigih berusaha...
Tak kira dalam apa jua perkara yang beliau akan lakukan...
Seorang yang sangat bemotivasi tinggi...bercita-cita tinggi..
Jadi tidak hairan melalui adalah pemegang ijazah sarjana undang2 syariah dan sivil di UIA..
Walaupun kami jarang berjumpa sejak masing2 telah bekerja,
tapi kami ade jugak berhubung melalui whatsapp..
Saya belum berkesempatan menziarahinya kerana beliau masih
dalam rawatan kimoterapi....
Semoga Allah memberi ruang masa saya untuk menziarahinya...
Mudah2an Allah memberi kesembuhan kepada dua insan ini...

Apa yang saya nak simpulkan di sini..
Segala apa yang berlaku ke atas diri kita telah ditakdirkan oleh Allah..
Kita wajib percaya segala Qada' dan Qadr Nya...
Sama2 kita berdoa, semoga perjalanan hidup kita ini sentiasa 
di bawah lindunganNya...

Saya percaya walaupun tika ini,
Allah belum izinkan saya bertemu 'jodoh'...
Banyak rintangan, dugaan, halangan yang sy tempuh...
Tapi saya pasti...
Sampai waktu dan tikaNya..
Insyaallah...akan tiba..
Allah Maha Mengetahui...Allah Maha Mendengar...
Melalui doa..takdir mungkin boleh berubah...

Mohon doa untuk saya....
Aminnn.......


   








Thursday, February 20, 2014

Sentiasa terpahat di hati

Destinasi persinggahan dalam kembara ilmu di bumi Allah..          

           
                        Pintu masuk maahad qiraat mansoura
  
           
                                                  Nil

           
             

           

         
           
                                           Masjid Al-Azhar
    
           
 

  



Friday, February 14, 2014

Berhati-hati pada dosa yang disedari ataupun tidak..

Bismillahirrahmanirrahim....

Di sini saya nk share buku yang sangat berguna utk dijadikan 
bahan bacaan dan rujukan ilmiah...
Buku ni dah slalu saye tgk di pasaran tp tak pernah tergerak 
hati utk membelinya..kalau ikutkn cetakannya sejak 2012..
Baru hari ni ditakdirkan Allah utk membelinya..

Ni laaaa bukunye....karangan Dr Zaharuddin Abd Rahman

            

Facebook satu mase dlu tidak wujud lagi..
Tapi skrg ni merupakan salah satu medium maklumat yang sgt banyak...
Terpulang pada kita utk menggunakannya dengan cara yang bagaimana...
Tepuk dada tanya diri sendiri...:)

Sedikit perkongsian tentang apa yang terkandung dalam buku ini..

Facebook : ke syurga ataupun ke neraka?
Terdapat beberapa bab. Di antara yang menarik :
- hukum Facebook dan blog
- dosa2 dan Facebook
- Facebook menjadi tempat promosi maksiat dan buka aib sendiri
- panduan berblog dan Facebook

Antara yang dapat saya kongsikan di sini :
Perlakuan dan perbuatan melalui Facebook yang boleh mengundang
dosa terlalu banyak :
1) Mendedah keaiban suami ataupun isteri di Facebook.
- Pendedahan masalah boleh mengaibkan mana-mana pihak sama ada
  suami atau isteri. Rumahtangga adalah satu amanah.

2) Memuat turun gambar yang tidak sepatutnya.

3) Tagging gambar silam yang membuka aurat.

4) Penyamaran

5) Mengutuk diri sendiri dan kebaikan
Contohnya : apabila rakan lama memuat naik turun gambar lama yang sopan
Lahirlah komen2 " zaman solehah" "waktu innocent"
Tanpa disedari, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri.

Dan banyak lagi yang terkandung dalam buku ni.. 
Peringatan kepada saya dan semua...
kadang2 kita sendiri tidak sedar atas apa yang kita lakukan boleh mengundang dosa.
Dosa jika tidak dicegah takut akan menjadi virus dalam tubuh kita..
Facebook boleh menjadi sumber pahala apabila diguna dengan betul..
Boleh menjadi pemudah azab apabila digunakan tanpa ilmu dan had...

Pandangan Dr Zaharuddin...
" Penggunaan Facebook adalah HARUS. Namun setiap status, gambar,
Profil, dan apa jua perincian yang dimasukkan yang menentukan halal dan haramnya"

Sesiapa yang ingin menerokai khazanah ilmu ini boleh dapatkan buku ni..
Semoga kita sama2 memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Allah Itu Maha Pengampun dan sentiasa menginginkan kita
bertaubat dan beristighfar.

Wassalam......




Wednesday, February 12, 2014

~ Ujian ~


Ujian mengajar saya erti ketabahan...
Ujian mengajar saya erti kesabaran...
Ujian mendidik saya rasa bersyukur...
Ujian mendidik saya rasa keinsafan...
Ujian melatih saya menjadi insan yang cekal...
Ujian melatih saya menjadi insan yang kuat...
Ujian menjadikan saya redha atas kehendakNya..
Dengan ujian lah menjadikan kita  hampir dengan 
Yang Maha ESA...

Kata hati.......
Saya tak kuat nak menghadapi ujian ini..
Saya tak mampu nak mengharungi ujian ini....
Saya tak berdaya nak melalui ujian ini...
Saya tak sanggup nak menempuhi ujian ini...
Itulah manusia, iman yang tipis..
Adakalanya iman bertambah dan berkurang...

Tapi janji Allah itu benar..
Dalam firmanNya yang bermaksud :
" Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan
mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan
dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi
atau secara terbuka, dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik,
mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang 
sebaik-baiknya pada hari akhirat". (Surah Ar-ra'd : 22)

Tq kak hawa...
Bagi ayat ni pada saya..
Pengubat Jiwa....

~ Nukilan Rasa ~
.........huda............

            



Tuesday, February 4, 2014

Cerita sebuah pengalaman...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Saya sedang explore artikel yang tak pernah sekali saye nak google...
Tapi bila situasi ini berhadapan dengan saya, saya perlu mencari sedikit maklumat bagaimana cara untuk saya menghadapi situasi sebegini.....

Dulu saya pernah tinggal di asrama..
Pernah berhadapan dengan situasi pelajar yang histeria...
Tapi berbeza sangat ketika itu, saya baru berumur 14 tahun...
Saya hanya menolong dan membantu kakak2 senior berhadapan situasi ini...

Kini perbezaannya saya adalah seorang warden yang perlu dirujuk segala permasalahan yang berlaku di asrama....saya tiada pengalaman untuk menghadapi situasi ini...

Situasi 1:
Saya sedang minum petang bersama teman baik saya....
"Cikgu....cikgu....ada pelajar histeria cikgu!!!" kata seorang pelajar yang berjumpa dengan saya....
"Oh yeke??macamane keadaan dia sekarang??" soalan saya yang pertama....
"Dia menjerit2 cikgu"..jawab pelajar berkenaan..
"Ok2..takpe2..saya pegi asrama sekarang...
Ketika itu saya berada di Dewan Sekolah...

Dalam hati, Tuhan saje yang tau perasaan saya...saya istighfar banyak2..
Macam2 perasaan yang ada dalam hati saya...tapi saya gagahkan juga untuk naik ke dorm...
Dalam situasi  ini, semua pelajar akan berharap sepenuhnya dan tindakan dari saya selaku warden..
Itu yang saya nampak dari riak wajah mereka..
Saya tarik nafas dan ambil sikap bertenang....
Apabila sampai ke atas pelajar berkenaan dah bertenang sedikit...
Saya puji pelajar2 saya yang duduk di sekeliling dan menenangkan pelajar berkenaan dengan membaca ayat kursi dan iqamah....

Berbekalkan sedikit ilmu dan hanya berserah kepada Allah agar membantu saya..
Apa yang saya lakukan, mengambil segayung air dan membaca Ayat Kursi, Surah Al-fatihah, 3 Qul,
Surah Yunus ayat : 81 dan Selawat...dan selebihnya saya doa kepada Allah...
Kemudian saya sapu ke muka pelajar berkenaan....
Alhamdulillah dapat berkurang.....
Saya cuma risaukan sekiranya pelajar berkenaan lebih agresif.....

Situasi 2:
Setelah bertenang sedikit, saya terus menghubungi penjaganya agar membawa pelajar berkenaan pulang.
Kemudian saya pulang ke rumah warden.
Tak lama kemudian.....dalam setengah jam...
Ada pelajar ketuk pintu rumah kami...
"Cikgu....cikgu.....ada pelajar histeria lagi"..dan menyebut nama pelajar berkenaan..
Perasaan yang sama datang semula untuk kali yang kedua...saya tak boleh panik..
Mesti bertenang...hoho...cuba me'reset minda' saya.......
"Ok..kejap lagi saya naik ke dorm"..
Ketika itu kami baru nak makan...cepat2 sudahkan makan dan terus naik ke dorm...

Pelajar berkenaan masih mengerang melawan gangguan tersebut..
Saya buat seperti situasi yang pertama...
Bila dibaca ayat-ayat al-quran...terus melawan dan mengerang...
" Sakit ustazahhh......takuttttttt"
Kasihan dihati saya..."awak kuatkan semangat yer..sebut nama Allah"...
Akhirnya bertenang juga dan saya hanya bertawakkal kepada Allah ketika itu...
Sebab saya bukan belajar ilmu perubatan Islam....

Alhamdulillah...saya dapat menghubungi penjaga dan pelajar berkenaan saya benarkan pulang...
Lebih baik urusan selebihnya diserahkan kepada ibu bapa..mereka lebih tahu keadaan anak mereka...
Setelah jam 10 malam...penjaga berkenaan menelefon saya dan menyatakan anaknya telah sedar...
Itulah pengalaman pertama saya walaupun dah masuk tahun yang ke-5 saya menjadi warden..:):)

Sedikit info di bawah sebagai panduan..........


HISTERIA bermaksud orang-orang yang diganggu fikirannya atau psikologinya yang menjadikan ia risau,murung,susah hati,berdebar-debar yang menyebabkan mereka menjadi tidak sedar. Mengikut pengalaman penulis, keadaan tidak sedar di atas kebanyakannya  (dalam anggaran 99%) disebabkan oleh gangguan jin atau syaitan terhadap seseorang mangsa tersebut.

Walaupun begitu terdapat ahli psikologi atau sesetengah pengamal perubatan moden malahan orang awam juga ada yang tidak mempercayai sebab gangguan jin atau syaitan ini walaupun ianya berlaku dihadapan mata mereka sendiri, tetapi inilah yang terjadi dalam beberapa kes di negara kita. Mereka berhujah semua itu kepercayaan mistik yang karut dan menyatakan pesakit histeria ini hanya disebabkan masalah tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumahtangga, sosial atau kerja.


FAKTOR UTAMA BERLAKUNYA HISTERIA

Secara mudahnya, histeria boleh berlaku atas sebab dua factor yang utama iaitu :-

i.     Disebabkan tekanan, kerana apabila seseorang yang mengalami tekanan di sekolah, tempat kerja, akibat pergaduhan, cinta dan sebagainya maka diri mereka akan hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah untuk menguasai mereka.

ii.    Disebabkan gangguan, selalunya akan melibatkan kes seperti seseorang yang menuntut ilmu persilatan, perdukunan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa seperti kita. Keadaan ini terjadi sebab itulah kerja utama syaitan dan iblis yang pernah berjaNji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.

TANDA-TANDA SESEORANG DISERANG HISTERIA

1. Tangan menggeletar dan sejuk, masa tertentu dan berulang-ulang.

2. Semacam berada di alam fantasi dan mendengar yang pelik-pelik

3. Kepala bergoyang dan menggeletar dan tidak boleh dikawal

4. Terdengar bunyi loceng, air dan sebagainya

5. Kepala menjadi sakit, badan letih dan perasaan yang tidak terkawal

6. Boleh melihat imbasan makhluk halus menjadikan si pelaku menjadi semakin takut.

Dan pelbagai lagi tanda-tanda akibat gangguan jin ini tetapi perkara di atas lebih dikhususkan pada kejadian histeria sahaja. Kejadian histeria ini lebih banyak dialami oleh golongan pelajar perempuan berbanding lelaki. Ini disebabkan sifat seorang perempuan yang lemah seperti ketika haid, mengandung, atau berpantang.

PETUA RAWATAN HISTERIA ATAU KERASUKAN JIN

Apabila seseorang itu telah dirasuki jin akibat kejadian histeria disebabkan beberapa perkara di atas, maka apakah cara yang boleh dikhtiarkan untuk merawat si pesakit?  Cara yang sebaiknya ialah menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang lebih dikenali sebagai ”Ruqyah”  ianya  biasa dilakukan oleh pengamal pengubatan Islam atau sesiapa jua. Secara umunya As-Sayuti r.h. menjelaskan bahawa ijma’ ulama’ mengatakan bacaan untuk mengubati seseorang itu hendaklah memenuhi emat syarat iaitu :-

i.  Hendaklah menggunakan kalamullah, nama Allah dan sifat-sifat Allah dan juga Sunnah Rasulullah.

ii.  Menggunakan Bahasa Arab yang diketahui maknanya

iii. Hendaklah meyakini bahawa bacaan itu tidak memberi bekas tetapi kesemuanya hanyalah dengan izin dan kekuasaan Allah s.w.t. jua.

iv. Jangan mencampur adukkan antara bacaan Al-Quran dan Sunnah dengan bacaan-bacaan yang boleh menyekutukan Allah s.w.t.

Bacaan yang dicadangkan ialah :-

1.      Al-Fatihah
2.      Ayatul Kursi
3.      Al-Muawizat (Al-Ikhlas/Al-Falaq/An-Nas)
4.      Mengikut panduan perawat


Sumber maklumat diambil dari : assyifa' melaka  (www.zainizainal.blogspot.com)




Monday, February 3, 2014

Surprise

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah..
Dapat cuti 6 hari utk Chinese New Year...
Bagi saya, cuti adalah masa yang sangat bermakna bersama family..
Bukan ape, saye pegi kerja, balik kerja sekali pun...life saya tetap bersama pelajar...
Ohh....bukan bermaksud tidak suka bersama pelajar tapi bila kita jumpa mak ayah dan family,
hati sentiasa gembira...sbb saye suke share semuanye ngn family..

7 tahun.....
3 tahun belajar di perantauan...
Sudah 4 tahun 1 bulan bekerja berjauhan dengan family...
Oleh kerana itu, saya rase mase bersama family ketika bercuti sangat bermakna sekali....
Mase emas.....permata....berlian.....dan bla...bla....bla....hehe...

Saje nk share something sebenarnye...
Ini adalah percubaan pertama saye membuat satu minuman yg berkhasiat....
Dapatlah buat time2 cuti nih...hehe..

Taraaaaa....
Inilah hasilnya...

              

             
     
              

              
                   Kiwi + lemon + pisang + limau + epal merah + air

   Hasil campuran buah-buahan yang original...kene blender semuanye....
   Nk diet minum ni pon bolehhhhh....hehe
   Saye amik resepi ni, selepas menonton rancangan NONA ahad yg lepas...

   Selamat mencuba....bagi yang berminat...
   Saya dh try...sedapp sangattttt....

     
         

     








nasyeed